Restu Ayah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Restu Ayah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Restu Ayah
Produksi : Hujan Lebat Sdn Bhd
Pengarah : Isqandar Jebat
Penulis Skrip : Isqandar Jebat
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 13 April 2019
Pelakon : Azhan Rani, Atiq Azman, Badrul Muhayat, Sharifah Shahora, Watie Sadali, Masrenny, Syed Ali

Restu Ayah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Restu Ayah

Azlan merupakan anak tunggal kepada Ila dan Wahid. Sejak kecil Lan terbiasa dimanjakan ibu bapanya sehinggakan setiap tindakannya dibela walaupun hanya perkara kecil. Azlan juga sangat disenangi oleh kawan-kawan serta guru dan ibu bapanya. Hal ini menjadikan Azlan sering diberi tumpuan ketika berada di sekolah dan di rumah.

Namun semuanya berubah apabila Ila dan Wahid terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas menghantar Azlan ke sekolah. Azlan menyalahkan bapanya kerana kematian ibunya walau bagaimanapun dia terpaksa menjaga ayahnya yang buta sebelah mata dan lumpuh.

Sejak peristiwa itu Azlan tidak dapat memaafkan bapanya. Azlan menuduh bapanya punca musnahnya kebahagiaan yang beliau kecapi selama ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Azhan Rani, setiap watak yang dibawanya mesti 'hidup' dan menjadi.

    ReplyDelete