Novel Akira Khan Karya Ammara Ayyash

Novel Akira Khan Karya Ammara Ayyash

Novel Akira Khan ditulis oleh Ammara Ayyash dan diterbitkan oleh SR Publication kini diadaptasi ke drama bersiri dengan menggunakan judul yang sama. Akira Khan mengisahkan percintaan dua individu yang terhalang kerana perbezaan keturunan dan budaya.

Drama Akira Khan diarahkan oleh sutradara Jamal Khan dengan menampilkan barisan pelakon popular seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Julia Farhana Marin, Maria Farida, Esma Daniel dan ramal lagi.

Baca Novel : Akira Khan Karya Ammara Ayyash


Sinopsis Novel Akira Khan Karya Ammara Ayyash 

Pertemuan yang singkat membuatkan Akira jadi angau. Satu malam janji diikat dan malam itu juga adalah detik terakhir mereka bertemu. Janji-janji yang ditabur dipegang bertahun lamanya. Akira semakin sesat dalam sebuah rindu yang tiada penghujung. 

Radin tersedar dari mimpi. Siapa Akira Khan? Yang ada di hadapannya cuma Liyana, isterinya. Mana datang perempuan yang bernama Akira? Kerana satu janji yang di salah erti, dua jiwa yang bahagia berpisah. 

Tetapi Akira nekad untuk mencari suaminya. Namun dia pula dikejutkan dengan berita kewujudan Liyana di sisi Radin, wanita yang pernah menjadi punca Akira dan Radin berkahwin. 

Radin betul-betul tak ingat apa yang telah berlaku antara dia dan Akira. Yang pasti kehadiran Akira ke rumahnya membuatkan dia nekad untuk mencuri hati isterinya. Namun tidak semudah itu Akira menerima Radin semula. 

“Awak tu memang suami yang dayus. Awak tahu saya curang tapi awak masih simpan saya sebab awak tu bodoh!” 

Radin makin hilang sabar apabila kesetiaannya diuji, keikhlasannya diragui dan cintanya tidak dihargai. Walaupun Liyana adalah cinta pertamanya namun dia pasti kebahagiaan yang dimiliki hanya bersama Akira Khan! Dia tekad untuk memiliki wanita itu semula!

Post a Comment

0 Comments