May I Help You (2022) | Review Drama Korea

May I Help You (2022) | Review Drama Korea

Title : May I Help You
Director : Shim So Yeon
Screenwriter : Lee Seon Hye
Network : MBC
Release Date : 19 October 2022
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Romance, Supernatural, Mystery
Cast : Lee Hyeri, Lee Jun Young, Song Deok Ho, Tae In Ho, Lee Kyu Han, Oh Dae Hwan, Park Soo Young, Seo Hye Won, Han Dong Hee, Ahn Hyu Ho

May I Help You (2022) | Review Drama Korea

May I Help You mengisahkan Baek Dong Joo (Lee Hye Ri) yang bekerja sebagai funeral director dan mempunyai kelebihan iaitu dapat bercakap dengan mayat. Sebelum perjalanan mereka yang terakhir, Baek Dong Joo mendengar luahan si mati dan cuba menunaikan permintaan terakhir mereka.

Bekerja di rumah mayat bukan satu tugas yang mudah dan terpaksa berdepan dengan pandangan negatif masyarakat yang merasakan kerja ini taboo atau bawa malang. Ayah Dong Joo sendiri tak setuju sampai Dong Joo terpaksa rahsia pekerjaan dia, yang paling sedih bila teman lelaki dia minta break up sebab geli nak pegang tangan dia.

May I Help You (2022) | Review Drama Korea

Kim Tae Hee (Lee Jun Young) bekerja dengan pak ciknya yang membuka syarikat kecil bernama A Dime A Job iaitu errand company. Baek Dong Joo dan Kim Tae Hee beberapa kali juga terserempak dan pada mulanya mereka tak sebulu.

Baek Dong Joo sangat anti sebab Kim Tae Hee deliver mesej breakup teman lelakinya tapi selepas beberapa kejadian yang berlaku mereka semakin rapat kebetulan pula Dong Joo baru menyewa masuk jadi jiran Kim Tae Hee.

Kim Tae Hee secara tak sengaja dapat tahu kelebihan Baek Dong Joo walaupun pada awalnya susah dia nak percaya cerita Dong Joo. Dong Joo makin selesa berkawan dengan Tae Hee sebab dia tak pernah kisah atau pandang negatif dengan pekerjaan Dong Joo sebagai funeral director.

May I Help You (2022) | Review Drama Korea

Latar belakang Kim Tae Hee agak misteri pada permulaan cerita, dengan kemunculan watak Tak Chung Ha (Ha Dong Hee) baru boleh teka siapa sebenarnya Kim Tae Hee. Rupa-rupanya Tae Hee berhenti dari pekerjaannya sebab rasa bersalah dengan kematian adiknya.

Kemalangan adiknya nampak macam simple tapi menarik juga sebab kat hujung-hujung tu ada plot twist apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian. memang tak expect juga pelaku sebenarnya.

May I Help You (2022) | Review Drama Korea

mostly watak sekeliling Baek Dong Joo dan Kim Tae Hee memang best dan menghiburkan keadaan. i suka setiap kali scene Dong Joo bersembang dengan paciknya, Paderi Michael (Oh Dae Hwan). bila Michael dengan Vincent bergabung terus berdekah dengan gelagat mereka.

pastu comel betul scene Yoo Sora (Seo HyeWon) yang merupakan kawan baik Dong Joo. dalam drama Business Proposal terhibur dengan dia punya adlib dan dalam drama ni pun terhibur juga tengok dia gigih cuba mengorat boss Dong Joo.

May I Help You (2022) | Review Drama Korea

sebenarnya drama ni agak sedih dan touching bagi aku tapi sebab ada scene yang kelakar dan menghiburkan kira agak balance dan tak berat sangat. overall drama ni best untuk ditonton sebab ada beberapa plot twist yang menarik dan great chemistry antara Hyeri dan Junyoung, dan juga ada mesej yang cuba disampaikan melalui drama ini.

Post a Comment

0 Comments