Legenda Puteri Qaseh (Astro Ceria) | Sinopsis Drama

Legenda Puteri Qaseh (Astro Ceria) | Sinopsis Drama

Drama : Legenda Puteri Qaseh
Produksi : Red Communications
Pengarah : Umi Salwana
Siaran : Astro Ceria
Mula Tayangan : 9 Januari 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Episod : 9
OST/Lagu Tema : Takkan Mengalah (Nuha Bahrin & Naufal Azrin)
Pelakon : Qasrina Karim, Bella Dowana, Norman Hakim, Lisa Surihani, Daniel Fong, Aziz M Osman, Chelsea Ng, Satthiya Kandi, Chew Kin Wah, Yusry Abd Halim

Saksikan drama fantasi Legenda Puteri Qaseh lakonan Qasrina Karim, Norman Hakim dan Lisa Surihani pada setiap hari isnin jam 9.00 malam di Astro Ceria.


Legenda Puteri Qaseh (Astro Ceria) | Sinopsis Drama

Pelakon Drama Legenda Puteri Qaseh

  • Qasrina Karim sebagai Puteri Qaseh
  • Bella Dowanna sebagai Laila
  • Norman Hakim sebagai Raja Sulong
  • Aziz M.Osman sebagai Hidayat
  • Daniel Fong sebagai Laksamana Andika
  • Chelsia Ng sebagai Che Sri Chan Lee Za
  • Satthiya Kandi sebagai Zaindaya
  • Chew Kin Wah sebagai Tabib Chan Teck Tuck
  • Datin Lisa Surihani sebagai Permaisuri Kalsom
  • Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi

Sinopis Drama Legenda Puteri Qaseh

Qaseh, seorang penjual nasi lemak yang baik hati, terpaksa mencari jalan untuk bebaskan ayahnya, Hidayat, yang telah ditangkap kerana mencuri. Qaseh, bersama temannya, Laila, mendapatkan bantuan ajaib dari Tabib Chan. 

Dengan kuasa sakti Tabib Chan, Qaseh dan Laila bertukar pakaian ala-ala orang istana dan berjaya menyelinap masuk ke Majlis Hari Keputeraan Raja Sulong. Namun, ketika mencari ayahnya, Qaseh 'tertarik' dengan Gong Diraja Ajaib yang hanya boleh berbunyi bila dipukul oleh kerabat Diraja KayaJaya. Apa yang Qaseh tidak tahu ialah gong ini bakal mengubah hidupnya selamanya.

Post a Comment

0 Comments