First Love (2022) | Review Chinese Drama

First Love (2022) | Review Chinese Drama

Title : First Love
Director : Shen Qin Yuan
Network : iQiyi
Release Date : 12 December 2022
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Comedy, Youth
Cast : Wang Xing Yue, Tian Xi Wei, Tian Xu Ning, Wang Jia Yin, Cui Shao Yang, Chi Ning Ning, Fang Xiao Dong, Fang Si Chang, Liu Jian Yu

SYNOPSIS:
Lu Wan Wan is a sophomore student in the Clinical Department of Tsingyao University School of Medicine. After getting drunk she got into a scandal with Ren Chu, a bright student of the same school. To curb the raging scandal, the two agreed to a strategy to eliminate the gossips. In the process they discover each other's shining points and gradually developed a good impression of each other. With the help and guidance of Ren Chu, Lu Wan Wan overcame her timid personality, and strived to become a qualified medical student. Unconsciously, the two influenced each other and became their better selves.


First Love (2022) | Review Chinese Drama

First Love mengisahkan Lu Wan Wan (Tian Xi Wei) seorang pelajar jurusan clinical, suatu hari dia excited ingatkan An Jia Xian (Fang Xiao Dong) lelaki yang dia crush selama 5 tahun akan melamarnya sebagai teman wanita. 

Rupa-rupanya An Jia Xian nak beritahu yang dia sudah bercinta dengan Liang Xia selama dua tahun. Wan Wan terkejut kerana Liang Xia adalah kawan baiknya dan dia pernah beritahu yang dia suka kat An Jia Xian sebelum ni. tak sangka kawan baik sendiri dalam diam dah cantas lelaki yang dia minat.

Wan Wan yang kecewa dan sedang mabuk mengomel mahu membalas dendam dan pursue Ren Chu (Wang Xing Yue) yang merupakan top student di univesiti mereka. Keesokkannya viral kisah Wan Wan mengejar Ren Chu sebab dalam restoran tersebut pun Ren Chu dan kawan-kawan buat gathering dan terdengar Wan Wan membebel.

First Love (2022) | Review Chinese Drama

Wan Wan tak senang duduk apabila tersebar gosip dia bercinta dengan Ren Chu tambahan pula Ren Chu ramai peminat, tak pasal kena kecam dengan pelajar lain.  Oleh sebab itu, Wan Wan paksa Ren Chu sain kontrak untuk cari jalan hentikan gosip mereka bercinta.

Ren Chu dan Wan Wan mempunyai personaliti yang berbeza. Wan Wan seorang yang sangat ceria dan pelajar tercorot. Ren Chu pula top student yang genius tapi tak reti nak bergaul dengan orang.

Disebabkan satu projek, Ren Chu nak baiki kelemahan sosial skill dia so dia masuk kelas sosial dapat sekelas dengan Wan Wan. Dari situ mereka makin kerap bertemu, Ren Chu perasan Wan Wan ni jenis tak fokus dalam kelas dan kuat berangan so dia cuba bantu Wan Wan atasi masalah dalam pelajaran.

First Love (2022) | Review Chinese Drama

first episode drama ni memang best dan heroin dia pula comel. paling suka scene Wan Wan mabuk dalam toilet pastu Ren Chu dan geng dia mengusik Wan Wan. bagi aku jalan cerita dia comel sebab at first heroin dia cakap nak mengorat hero tapi hakikat sebenarnya hero yang jatuh cinta dan try hard mengorat heroin.

Mostly watak yang ada sangat menghiburkan. second couple iaitu Xi Bai dan Xin Yu memang best, comel je tengok diorang dua asyik main tarik tali pastu tiba-tiba terus bercinta. my favourite watak adalah kawan baik kepada hero dan heroin iaitu Fan Yi dan Gu Qiao.

tapi jalan ceritanya tak strong dan plot pun tak berkembang sangat. sampai episod 6 aku dah start bosan, lakonan Tian Xi Wei memang best tapi acting hero agak kayu. tak rekomen sangat drama ni tapi kalau korang cari drama yang light dan fun bolehlah menonton First Love.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments