Cinta Elevator (Astro) | Review Telefilem

Cinta Elevator (Astro) | Review Telefilem

Telefilem : Cinta Elevator
Produksi : Celebrate TV Sdn Bhd
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Bainun Waheeda
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 24 November 2018
Pelakon : Beto Kusyairy, Jasmine Suraya, Marsha Milan, Mustaqim Mohamed, Hefny Sahad, Dian P Ramlee

SINOPSIS:
Apabila 2 insan berlainan darjat dan profesion bertemu di dalam sebuah lif, pelbagai persepsi timbul di fikiran mereka, sehinggalah mereka berdua ditakdirkan terperangkap di dalam lif.

Cinta Elevator (Astro) | Review Telefilem

Cinta Elevator mengisahkan Adam (Beto Kusyairy) dan Evana (Jasmine Suraya) yang bergaduh kerana berebutkan parking kereta. Selepas itu, mereka sering sahaja terjumpa di dalam lif kerana bekerja di bangunan yang sama tapi berbeza tingkat dan setiap kali bersua muka mesti ada pertengkaran kecil antara mereka.

Suatu hari, Adam dan Evana terperangkap di dalam lif ketika mahu pulang ke rumah. Dari situ mereka boleh bersembang dan membuat keputusan untuk terus berkawan selepas insiden di dalam lif tersebut.

Cinta Elevator (Astro) | Review Telefilem

Adam sebenarnya tak percaya pada perempuan selepas ibunya meninggalkan ayah dan dirinya. Adam mewarisi bakat seni daripada ayahnya tapi memilih untuk menjadi graphic designer.

Evana pula tak pernah serius dalam bercinta dan selalu try & error dalam memilih pasangan. satu perangai Evana dia suka letak nama semua bekas teman lelaki pada setiap pokoknya.

walaupun banyak perbezaan, Adam dan Evana saling belajar dan memahami dunia masing-masing. dari situ wujud keserasian antara mereka.

Cinta Elevator (Astro) | Review Telefilem

Evana mahu membawa Adam berjumpa keluarga tapi mak Evana nak jodohkan Evana dengan Piere (Hefny Sahad) yg setaraf keluarga mereka. bagi mak Evana, Adam tak mempunyai masa depan yang cerah kalau nak dibandingkan Piere yang mempunyai syarikat sendiri. apa pula pilihan Evana?

best juga jalan ceritanya dan suka tengok chemistry antara Beto dan Jasmine Suraya. Overall, jalan cerita yang simple dan sweet tentang kisah cinta dua insan yang bermula di elevator. 

Baca juga: 

Post a Comment

0 Comments