Cenduai (Awesome TV) | Sinopsis Telefilem

Cenduai (Awesome TV) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Cenduai
Produksi : Million Works Media
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip : Noy Ibrahim
Siaran : Awesome TV
Tayangan : 15 Januari 2023
Masa : Ahad | 9.00 Malam
Pelakon : Syazwan Zulkifly, Wafariena Roslan, Fathil Dani, Jaja Iliyes, Azifah Abidin

Cenduai (Awesome TV) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Cenduai

Chalit dilahirkan dengan fizikal serta wajah cacat. Kecacatan yang dipercayai berpunca dari sumpahan ke atas keturunan ibunya sejak berkurun. Bidan Esah diugut supaya merahsiakan keadaan tersebut.

Setelah dewasa, Chalit dijaga oleh Wak Kandar dan membantu Wak yang bekerja sebagai penggali kubur. Suatu hari, Chalit terdengar bisikan Qarin yang mahu membantunya keluar dari sumpahan iaitu dengan mendapatkan minyak dagu dari mayat gadis sunti. Chalit bertukar menjadi kacak setelah menggunakan minyak tersebut.

Untuk mengekalkan wajah tampannya, Chalit menjadi semakin obses memburu gadis sunti untuk mendapatkan minyak dagu.

Saksikan lakonan Syazwan Zulkifly sebagai Chalit/Raimi, Wafariena sebagai Inspektor Lia, Jaja Illiyes sebagai Inang dan Fathil Dani sebagai Wak Kandar dalam telefilem Cenduai pada hari ahad ini, jam 9.00 malam di Awesome TV.

Post a Comment

0 Comments