Review Movie | Keluarga Iskandar The Movie (2020)

Review Movie | Keluarga Iskandar The Movie (2020)

Filem : Keluarga Iskandar The Movie
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Siaran : Astro
Tayangan : 16 Julai 2020
Pelakon : Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish, Dhia Iskandar, Nabila Razali, Ajak Shiro, Faiz Dickie, Zarina Zainuddin, Amy Mastura, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazri, Shahkimin

Keluarga Iskandar sebuah drama berkonsepkan ala mockumentary pernah ditayangkan di Astro selama dua musim bermula tahun 2012 2014. Idea dan konsep asal Keluarga Iskandar ditulis sendiri oleh pengarahnya yang juga turut menghasilkan drama Kampung People.

Review Movie | Keluarga Iskandar The Movie (2020)

Keluarga Iskandar mengisahkan kehidupan keluarga Mak Jah (Kismah Johar) bersama anak menantu dan cucu-cucunya yang tinggal di Johor. Mak Jah mempunyai enam orang anak iaitu Aziz/Abang Long (Hilal Azman), Azman/Abang Ngah (Sobri Anuar), Azura/Kak Teh (Anita Baharom), Alan (Zain Hamid) dan Adibah/Acu (Hiera Hassan).

Sebenarnya ada seorang lagi anak Mak Jah yang disebut dalam siri iaitu Uda yang merantau jauh dan mempunyai konflik dengan Mak Jah, dalam filem baru nampak kemunculan Uda. Kesemua pelakon asal dalam siri ini dikekalkan termasuklah pelakon kanak-kanak yang memegang watak Malin (Sittee Khayrishah Kemal), Sal (Danish Adam) dan Om (Izz Ilham). cuma Kak Ngah sahaja yang tidak muncul dalam movie kononnya sedang pergi bercuti dengan kawan-kawannya.

best melayan siri Keluarga Iskandar sebab plot, skip dan pelakon memang best, lakonan masing-masing nampak bersahaja macam keluarga sebenar yang kecoh dengan ragam tersendiri.

Review Movie | Keluarga Iskandar The Movie (2020)

Dalam Keluarga Iskandar The Movie, Mak Jah merancang untuk pergi ke majlis perkahwinan Faris (Mustaqim Mohamed) yang merupakan bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor. 

Alan dan Adibah membuat keputusan untuk tidak turut serta dalam konvoi keluarga mereka. Adibah tidak berpuas hati apabila emaknya masih lagi melayan mesra Faris padahal mereka dah lama putus dan sudah berkahwin dengan Mustaqim. Alan pula masih lagi bitter dengan Abang Long sebab berkahwin dengan Huzairah (Raja Ema) yang pernah menjadi tunangnya dulu.

Manakala ahli keluarga yang lain pula terpaksa bersetuju dengan konvoi tersebut kerana mahu menjaga hati Mak Jah yang sayangkan Faris melebihi menantu sendiri.

Review Movie | Keluarga Iskandar The Movie (2020)

Konvoi mereka menjadi lambat apabila Mak Jah mula menyinggah dari satu rumah saudara ke rumah saudara yang lain lain sepanjang perjalanan mereka ke Pontian. Princess yang mula kebosanan mengajak Dardar pergi ke Legoland tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Kejadian menjadi kecoh apabila mereka menyedari kehilangan Princess dan Dardar.

Manakala Alan dan Adibah ingatkan mereka boleh bersenang-lenang dirumah tapi mereka dikejutkan dengan rombongan keluarga Ismail, saudara Mak Jauh dari jauh. terpaksa mereka melayan menjadi tuan rumah melayan tetamu yang bikin Adibah sakit kepala.

Review Movie | Keluarga Iskandar The Movie (2020)

ramai juga artis yang membuat penampilan istimewa dalam filem ini seperti Ajak Shiro, Nabila Razali, Amy Mastura, Aida Aris dan geng surau dalam Kampung People juga turut memeriahkan lagi Keluarga Iskandar The Movie.

plot dan jalan ceritanya sangat simple tapi menarik dan menghiburkan dengan telatah dan gelagat masing-masing. lakonan semuanya nampak cukup bersahaja. kalau tak follow siri dia pun masih lagi faham jalan cerita filem ni cuma mungkin kurang familiar dengan setiap watak dalam keluarga Mak Jah.

Overall, Keluarga Iskandar The Movie sangat menghiburkan cuma tak puas hati dengan ending yang tergantung. kalau ada sambungan lagi mest best.

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak pernah tengok lagi keluarga iskandar ni. maybe one day. tapi taktahu bila hehe

    ReplyDelete
  2. Keluarga Iskandar ni famous dengan shoot kamera bergegar. 😁

    ReplyDelete