Review Drama | Wednesday (2022)

Review Drama | Wednesday (2022)

Title : Wednesday
Director : Tim Burtons
Network : Netflix
Release Date : 23 November 2022
Episodes : 8
Duration : 50 minutes
Genre : Horror, Comedy, Mystery
Cast : Jenna Ortega, Catherine Zeta-Jones, Luis Guzmán, Isaac Ordonez, Gwendoline Christie, Riki Lindhome, Jamie McShane, Fred Armisen, Christina Ricci

Review Drama | Wednesday (2022)

Wednesday salah satu watak dalam siri kartun popular The Addams Family, kiranya spin off kisah pasal anak perempuan keluarga Addams pula. Kisah bermula apabila Wednesday (Jenna Ortega) dibuang sekolah kerana cubaan membunuh rakan sekolahnya sebab tak puas hati diorang membuli adiknya, Pugsley (Isaac Ordonez).

Morticia Addams (Catherine Zeta-Jones) dan Gomez Addams (Luis Guzman) membuat keputusan menghantar anak perempuan mereka ke Nevermore Academy terletak di bandar kecil Jericho iaitu sekolah khas untuk golongan outcast seperti ikan duyung, serigala jadian dan makhluk raksasa lain yang wujud, yang juga pernah dihadiri oleh mereka.

Review Drama | Wednesday (2022)

Wednesday memberontak tidak mahu bersekolah di situ sebab tak nak ikut jejak langkah Morticia dan Gomez tambahan pula selalu rasa dirinya yang terbaik. jadi dia tak nak dibayangi kejayaan ibunya yang merupakan pelajar terbaik di sekolah Nevermore dulu.

Makanya dia membuat rancangan untuk melarikan diri dari Nevermore dengan bantuan Tyler Galpin (Hunter Doohan), seorang barista dan juga anak sheriff di Jericho. Di saat akhir, Wednesday membatalkan niatnya apabila ada kejadian misteri yang buat dia tertarik untuk menyiasat.

Pertama, dia dapat tahu ayahnya pernah menjadi suspek pembunuh semasa bersekolah di Nevemore. Kedua, Rowan (Calum Ross) percaya Wednesday merupakan gadis dalam lukisan ramalan ibunya yang akan memusnahkan Nevermore dan seluruh penghuninya. Ketiga, kemunculan raksasa yang telah membunuh ramai orang tapi Wednesday pelik kenapa raksasa ni hanya membunuh Rowan tanpa mencederakan dia langsung.

Review Drama | Wednesday (2022)

Tarikan utama drama ni sebenarya watak Wednesday itu sendiri, kepelikan dia tu yang comel sebab dia ada prinsip dan falsafah tersendiri sampai pihak sekolah terpaksa berkompromi membenarkan Wednesday pakai uniform hitam sebab dia alegik dengan warna selain hitam dan putih.

Wednesday sangat suka benda misteri dan minat menulis novel detektif dan pembunuhan. Wednesday mempunyai impian untuk menerbitkan novel tulisannya walaupun ramai editor yang menolak tiga novel dia sebelum ini.

aku terhibur dengan dialog Wednesday walaupun benda yang dia cakap agak creepy tapi itulah keunikan dia yang sebenarnya kelakar. bila dia tekad nak buat something, dia akan korek sampai ke lubang cacing sebab benda tu yang buat Wednesday excited walaupun membahayakan orang sekelilingnya.

Review Drama | Wednesday (2022)

Wednesday seorang introvert dan merasakan kawan tak penting dalam hidupnya. kesian bila tengok Enid (Emma Myers), rakan sebiliknya yang try hard nak rapat dengan Wednesday. Xavier (Percy Hynes Whites) yang mahu menolong menyiasat pun tak layan malah Wednesday syak Xavier salah seorang suspek kerana lukisan yang dilukis oleh Xavier sama macam realiti yang berlaku.

Satu kelemahan Wednesday bila rasa dirinya terlebih pandai, dia selalu rasa teorinya semua betul. tak best juga bila dia terlalu cepat membuat kesimpulan, kesian orang yang dikambing hitamkan oleh Wednesday pastu tak reti nak minta maaf pula tu bila dah buat salah. macam mana la orang tak bengkek dengan dia.

Review Drama | Wednesday (2022)

Kes misteri yang disiasat oleh Wednesday semuanya berkaitan dengan moyangnya iaitu Goody Addams dan pengasas bandar Jericho iaitu Joseph Crackstone. Crackstone tak suka dengan dengan golongan outcast lalu bertindak membunuh mereka semua. Goody yang terselamat bangkit untuk membalas dendam pada Cracktone.

bertahun masa berlalu, ramai yang percaya semua waris Cracktone telah meninggal dunia jadi pembalasan dendam antara dua pihak ini sudah tamat. tapi Wednesday dapat tahu Laurell Gates merupakan satu-satu pewaris Crackstone yang masih hidup telah menukar identitinya dan menggunakan raksasa Hyde untuk membalas dendam pada Nevermore.

Jadi persoalannya siapa sebenarnya Laurell yang juga tuan kepada Hyde? 

Review Drama | Wednesday (2022)

Kesimpulannya yang nampak jahat tak semestinya jahat, yang baik tak semestinya baik. Overall, jalan cerita Wednesday sangat menarik dan menghiburkan. banyak plot twist yang best. siapa yang suka layan cerita misteri dan dark comedy memang rekomen sangat untuk korang tengok. 

Post a Comment

1 Comments

  1. habis menonton dalam masa dua hari. Memang best, Tapi kadang tu geram, rasa nak sekeh je kepala wednesday ni

    ReplyDelete