Patah Sayap Bertongkat Paruh (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Patah Sayap Bertongkat Paruh (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Patah Sayap Bertongkat Paruh
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin
Siaran : Astro Ria
Tayangan Asal : 3 April 2019
Episod : 14
Pelakon : Fasha Sandha, Aaron Aziz, Zarul Husin, Elly Mazlein, Jalil Hamid, Sofia Dendroff, Amelina Cat Farish, Ika Nabella, Farzana Latiff, Hanna Aqeela, Amira Othman, Lydiawati, Aman Aziz, Ikhlas Jalil, Fendi Seman, Mak Jah

Sinopsis Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh

Mengisahkan Aliah (Fasha Sandha) nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya setelah diceraikan oleh Hisyam (Zarul Husin) untuk memulakan kehidupan baru. Di kampung, Talhah (Aaron Aziz) yang merupakan kawan baiknya Aliah sejak kecil banyak membantu Aliah dan anak-anaknya.

Talhah sibuk menguruskan ladangnya dan masih lagi membujang walaupun Hasnah (Elly Mazlein) dan Ros (Amira Othman) menaruh hati pada Talhah. Hal ini kerana, Talhah masih mencintai Aliah dan cinta lama mula berputik semula apabila Talhah mengetahui status Aliah. 

Keakraban Talhah dan Aliah dicemburui oleh Hasnah lalu menyebarkan cerita buruk mengenai Aliah kepada orang kampung. Hisyam yang cemburu dengan hubungan rapat Aliah dan Talhah berbohong dalam mahkamah yang dia tidak pernah melafazkan taklik. 

Hal ini menyebabkan status Aliah tergantung dan sepanjang tempoh itu, pelbagai dugaan terpaksa dilalui Aliah. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan?

Post a Comment

0 Comments