Nikah Cerai Rujuk (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Nikah Cerai Rujuk (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Setiap pasangan pasti ada dugaan masing-masing, namun perlukah setiap solusi berakhir dengan keretakan sebuah mahligai perkahwinan?

‘Nikah Cerai Rujuk’ memaparkan tiga pasangan suami isteri yang bagaikan cermin kepada masyarakat moden kita. Setiap pasangan mempunyai konflik serta isu yang ingin disembunyikan daripada mata kasar orang ramai. Setiap pasangan tersebut bergelut dengan kemelut yang semakin memuncak. 

‘The Power Couple’ Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam mulai retak apabila Alia mengetahui perkahwinan kedua suaminya dengan wanita yang bekerja di syarikatnya. Perit bila dimadukan tanpa disedari, Alia mengambil keputusan untuk mengagahkan diri sambil membutakan hati bagaikan tiada apa yang terjadi.

Manakala ‘The It Couple’, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz merupakan pasangan pelakon popular yang jika dilihat daripada mata kasar bahagia dan sempurna namun sebenarnya penuh dengan onak dan duri. Keluarga Adam begitu membenci Hanna sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja untuk meretakkan hubungan mereka.

Sumaiyyah pula, ‘The Perfect Mum’ turut menghadapi kepayahan dalam mengecapi kestabilan perkahwinannya dengan sikap curang suaminya. Azlan seringkali mencuranginya sehinggakan Sumaiyyah lali dengan setiap tingkah lakunya.

Sarat dengan pengajaran dan iktibar akan liku-liku bahtera perkahwinan, ‘Nikah Cerai Rujuk’ dibintangi Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Shaza Bae, Halim Radzi, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Zarul Umbrella sebagai enam tunggak utama serta didukung oleh Mimi Ernida, Nasz Sally dan ramai lagi.

Rantaian drama ini diarahkan oleh kombinasi unik bapa dan anak yakni Jinggo Haji Azman Haji Yahya (Jinggo) dan Uzair Haqimy (Haq) serta diterbitkan oleh JS Pictures.

‘Nikah Cerai Rujuk’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 26 Disember 2022, jam 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Nikah Cerai Rujuk (Astro Ria) | Sinopsis Drama

PECAHAN WATAK DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

  • Dynas Mokhtar sebagai Dr. Alia
  • Dato’ Sri Eizlan Yusof sebagai Hisham
  • Shaza Bae sebagai Hanna
  • Halim Radzi sebagai Adam
  • Noorkhiriah Ahmad Shapie sebagai Sumaiyyah
  • Zarul Umbrella sebagai Azlan
  • Nasz Sally sebagai Rozie
  • Amanda Amry sebagai Marsha
  • Mimi Ernida sebagai Fatin
  • Sharonizam sebagai Ismail
  • Zarina Zainudin sebagai Fareeda
  • Salina Saibi sebagai Nadia
  • Alif Hadi sebagai Hakimi


LOGLINE DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

‘Nikah Cerai Rujuk’ mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan- Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam serta Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga pasangan ini akan berdepan dengan kisah yang berbeza. 

Sumaiyyah dan Azlan berdepan dengan kisah kecurangan Azlan yang dilakukan secara terang terangan sehingga Sumaiyyah jadi tawar hati dengan suaminya itu. Hanna pula berdepan dengan ibu mertua yang mengongkong anaknya sehingga berlaku penceraian. 

Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan Dr Alia, iaitu seorang “Marriage Counselor” yang dikenali ramai untuk membantu mereka berhadapan dengan masalah mereka itu. Tapi apa yang orang tidak tahu, Dr Alia juga juga berhadapan dengan masalah sendiri apabila dia dimadukan tanpa pengetahuannya.


SINOPSIS DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam adalah “power couple” yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Selepas 20 tahun berkahwin, Alia dapat tahu yang Hisyam sudah 3 tahun berkahwin dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat milik Hisyam. 

Setelah mendapat tahu tentang hal tersebut, Alia pada mulanya cuba untuk berlagak kuat tapi sebenarnya dia tidak. Alia mula menyalahkan dirinya sendiri dan dia juga malu dengan klien dan followers - nya. Dia yang selama memberikan tips rumah tangga kini berhadapan dengan poligami yang dia tak sendiri tak tahu. Alia cuba untuk menerima keadaan tersebut tapi dia tetap tidak boleh menerima. 

Pada masa yang sama, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz adalah pasangan pelakon popular yang berkahwin selepas 5 tahun bercinta. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia di mata masyarakat tapi sebenarnya tidak. Keluarga Adam tidak menyukai Hanna kerana mereka sebenarnya mahu Adam untuk berkahwin dengan orang lain. 

Pelbagai cara dilakukan oleh Fareeda, ibu Adam untuk memisahkan pasangan ini sehingga menyebabkan Hanna bengang. Adam hampir termakan dengan hasutan ibunya tapi Hanna cadangkan kepada Adam untuk berjumpa dengan marriage counsellor den untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaupun bertemu dengan kaunselor, perkahwinan mereka tetap tidak dapat diselamatkan. 

Sementara itu, Sumaiyyah adalah seorang suri rumah yang menjaga suami dan 3 orang anaknya dengan begitu sempurna sekali. Di mata rakan-rakannya, She is the perfect mom and wife. Namun Sumaiyyah juga tahu yang Azlan seringkali curang di belakangnya tapi dia sudah lali dengan keadaan tersebut sehinggalah perempuan simpanan Azlan sendiri yang muncul. 

Sumaiyyah menjadi sedih dan kecewa. Dia hendak bercerai tetapi Azlan pula tak mahu. Maka muncul seorang wanita bernama Rozie yang kononnya cuba membantu. Akhirnya terbongkar bahawa Rozie sebenarnya menyukai Azlan serta menggunakan peluang tersebut untuk mendapatkannya. Apabila Sumaiyyah mendapat tahu, dia terus menjadi sedih dan kecewa. Sumaiyyah tak sangka yang kawan baiknya sendiri mahu merampas suaminya.

Post a Comment

0 Comments