Degup Cinta (Astro) | Sinopsis Drama

Degup Cinta (Astro) | Sinopsis Drama

Drama : Degup Cinta
Produksi : Threeline Media
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin, Noorsyahida Mohd Radzali
Penulis Skrip : Maizura Mohd Ederis
Siaran : Astro Ria/ Astro Prima
Tayangan : 27 April 2020
Episode : 26
Pelakon : Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Mathni Razak, Juliana Evan, Zaryn Min, Laila Nasir,  Zalif Sidek, Sahronizam, Ruzana Ibrahim, Cinta Deline, Shuhanty Hanafiah, Zalfa Zin, Faez Nick, Hanif Safuan

Sinopsis Drama Degup Cinta

Diadaptasi dari drama Turki Ruzgarin Kalbi mengisahkan Reza (Josiah Hogan) merantau membawa diri selepas isterinya, Jasmin (Juliana Evans) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Selepas dua tahun, Reza kembali ke Malaysia dan tinggal di kabin terbiar milik kenalan yang baru dikenalinya. Suatu hari, Reza menyelamatkan Zahlia (Shiqin Kamal) yang pengsan di kawasan kabin tersebut. Sejak itu, Reza terlibat dalam masalah Zahlia.

Zahlia ke Melaka untuk bertemu ibu saudaranya, Cik Ana (Zarynn Min) kerana kecewa dengan tunangnya, Haikal (Matni Razak) yang curang. Zahlia mahu memutuskan hubungannya dengan Haikal walaupun majlis perkahwinan mereka berbaki seminggu lagi.

Untuk mengelak diri diganggu Razak, Zahlia meminta pertolongan Reza untuk menyamar sebagai tunangnya tapi masalah lain timbul apabila Haikal menyiasat latar belakang Reza. Haikal mempunyai agenda tersendiri mahu kembali semula kepada Zahlia.

Siapakah pilihan hati Zahlia, adakah dia dapat menerima Reza selepas mengetahui rahsia lelaki tersebut?

Post a Comment

1 Comments