Drama : Degup Cinta
Produksi : Threeline Media
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin, Noorsyahida Mohd Radzali
Penulis Skrip : Maizura Mohd Ederis
Siaran : Astro Ria/ Astro Prima
Tayangan : 27 April 2020
Episode : 26
Pelakon : Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Mathni Razak, Juliana Evan, Zaryn Min, Laila Nasir, Zalif Sidek, Sahronizam, Ruzana Ibrahim, Cinta Deline, Shuhanty Hanafiah, Zalfa Zin, Faez Nick, Hanif Safuan
Sinopsis Drama Degup Cinta
Diadaptasi dari drama Turki Ruzgarin Kalbi, Degup Cina mengisahkan Reza (Josiah Hogan) merantau membawa diri selepas isterinya, Jasmin (Juliana Evans) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Selepas dua tahun, Reza kembali ke Malaysia dan tinggal di kabin terbiar milik kenalan yang baru dikenalinya. Suatu hari, Reza menyelamatkan Zahlia (Shiqin Kamal) yang pengsan di kawasan kabin tersebut. Sejak itu, Reza terlibat dalam masalah Zahlia.
Sebenarnya Zahlia berasa sedih dan kecewa apabila mengetahui kecurangan tunangnya, Haikal (Matni Razak). Zahlia nekad membawa diri ke melaka bertemu dengan ibu saudaranya, Cik Ana (Zarynn Min) walaupun majlis perkahwinan mereka cuma tinggal seminggu lagi.
Untuk membuktikan dirinya sudah melupakan Haikal, Zahlia meminta pertolongan Reza untuk menyamar sebagai kekasihnya pergi ke majlis perkahwinan kawan baiknya. Reza bersetuju dan kehadiran Reza berjaya membuatkan Haikal cemburu.
Namun timbul masalah lain apabila Haikal mahu mendapatkan kembali Zahlia dan menyiasat latar belakang Reza. Zahlia dan Reza terpaksa meneruskan lakonan mereka sebagai pasangan kekasih untuk mengelak Zahlia diganggu oleh Haikal.
Reza selesa menyendiri selepas kematian Jasmin namun dia cuba melindungi Zahlia apabila mengetahui Zahlia adalah penerima organ jantung milik arwah isterinya. Tanpa sedar Reza mula sayangkan Zahlia.
Haikal mempunyai agenda tersendiri mahu kembali semula kepada Zahlia. Siapakah pilihan hati Zahlia, adakah dia dapat menerima Reza selepas mengetahui rahsia lelaki tersebut?
Baca juga :
1 Comments
Menariknya plot dia :)
ReplyDelete