Dayang Senandung (TV2) | Sinopsis Drama

Dayang Senandung (TV2) | Sinopsis Drama

Drama : Dayang Senandung
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Chad Abdul Rahman
Penulis Skrip : Marr Mohammad
Siaran : TV Okey/TV2
Tayangan Asal : 11 Julai 2021
Episod : 13
Pelakon : Wanie Kyrie, Nafiez Zaidi, Hun Haqeem, Scha Elinnea, Jasper Supayah, Shah Iskandar, Delimawati, Rozita Che Wan, Syura, Fathia Latiff, Hairi Safwan


Dayang Senandung (TV2) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Dayang Senandung

Sebauh kisah dongeng mengisahkan perkahwinan Putera Damak (Shah Iskandar) dan Puspa (Syura) tidak direstui oleh Baginda Ratu (Delimawati), pemerintah kerajaan negara Inderaloka kerana status Puspa bukan berdarah raja. Damak dan Puspa hidup bahagia sebagai rakyat biasa namun anak mereka, Dayang (Wanie Kyrie) dilahirkan dengan kulit berwarna hitam kerana sumpahan Baginda Ratu.

Damak kemudiannya berkahwin dengan Siti Tanjung (Rozita Che Wan) selepas Puspa meninggal dunia. Tanpa pengetahun Damak, Siti dan anaknya, Kamelia (Scha Elinnea) selalu membuli dan mendera Dayang. Damak juga tidak mengetahui Puspa dibunuh oleh Siti dan Siti juga merancang membunuh Damak untuk merampas harta Damak.

Dayang Senandung (TV2) | Sinopsis Drama

Walaupun menjadi anak yatim dan sering dibuli oleh emak tiri dan adik tirinya, Dayang mempunyai kawan baik iaitu Sonia (Jasper Supayah) dan Andhika (Nafiez Zaidi) yang dalam diam menyimpan perasaan kepada Dayang.

Fannan (Hun Haqeem) pemilik syarikat rakaman jatuh hati dengan suara merdu Kamelia dan mengambil Kamelia menjadi penyanyi rakaman syarikatnya tanpa mengetahui pemilik sebenar suara itu adalah Dayang.

Adakah Dayang akan terus membiarkan dirinya dibuli oleh Siti dan Kamelia? Adakah Dayang akan mengetahui tentang asal-usulnya yang merupakan pewaris Kerajaan Inderaloka?

Post a Comment

0 Comments