Chandelier (Astro) | Sinopsis Drama

Chandelier (Astro) | Sinopsis Drama

Drama : Chandelier
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Dayang Kartinah Said
Siaran : Astro Ria/Astro Prima/Sooka
Tayangan : 10 Februari 2020
Episod : 26
Pelakon : Ben Amir, Mimi Lana, Norman Hakim , Shasha Abedul, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Zamarul Hisham, Diana Dee, Aisar Khaled, Nynaa Harizal , Sharifah Shahora, Laila Nasir, Lydia Saimon

Chandelier (Astro) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Chandelier

Diadaptasi dari novel karya Acik Lana, Chandelier mengisahkan Keisha Edlina (Mimi Lana) digelar gold digger kerana menggunakan rupa parasnya yang cantik untuk memikat lelaki kaya dan mengikis duit mereka. 

Keisha menjalinkan hubungan selama dua tahu dengan Datuk Eusuff (Zamarul Hisham) sebelum berpaling kepada Tan Sri Emran (Norman Hakim). 

Belum mencapai angan-angan yang lebih tinggi, Keisha ditimpa insiden malang sehingga berlaku kecacatan pada mukanya. Keisha berputus asa untuk meneruskan hidup namun kemunculan Kaef (Ben Amir) telah mengubah dirinya.

Walaupun Kaef tidak berharta, Keisha jatuh hati dengan keikhlasan Kaef namun ujian melanda sehingga dia terpaksa berkorban. Perniagaan Kaef disaman menyebabkan Keisha terpaksa meminta pertolongan Tan Sri Emran. Sebagai syarat, Tan Sri Emran meminta Keisha mengahwininya dan meninggalkan Kaef.

Post a Comment

1 Comments

  1. menarik konflik dalam drama ni. I rasa kawan I berlakon jadi extra dalam drama ni haha

    ReplyDelete