Shooting Stars (2022) | Review Drama Korea

Shooting Star (2022) | Review Drama Korea

Title : Shooting Stars/ Sh**ting Stars
Director : Lee Soo Hyun
Screenwriter : Choi Young Woo, Choi Yeon Seo
Network : TVN/ Netflix
Aired : 22 April - 11 June 2022
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Genre : Romance, Comedy
Cast : Lee Sung Kyung, Kim Young Dae, Yong Jong Hoon, Kim Yoon Hye, Park So Jin, Lee Jung Shin, Ha Do Gwon, Kim Dae Gon, Lee Seung Hyub, Choi Ji Woo

Shooting Star (2022) | Review Drama Korea

Shooting Stars sebuah drama romantik comedy yang berkisarkan kehidupan Oh Han Byul (Lee Sung Kyung) yang bekerja sebagai director di bahagian PR team dunia hiburan. drama ni basically banyak tunjuk bagaimana PR team bekerja untuk handle segala hal dan gosip berkaitan dengan artis mereka.

Antara artis dibawah agensi tempat Oh Han Byul bekerja adalah Gong Tae Sung (Kim Young Dae), seorang pelakon terkenal yang akan buat comeback kembali ke dalam dunia hiburan setelah setahun menyepi untuk melakukan kerja sukarelawan di Afrika.

Shooting Stars (2022) | Review Drama Korea

Oh Han Byul dan Gong Tae Sung berkawan dari universiti tapi mereka ni macam anjing dan kucing, pantang jumpa mesti nak bergaduh. Sewaktu Oh Han Byul jadi intern kat situ dia pernahbuat satu kesilapan so Gong Tae Sung sampai kesudah berdendam dengan dia.

Interaction dan chemistry antara kedua pelakon ni memang best dan menghiburkan. scene mereka bergaduh tu sangat kelakar tapi yang paling kelakar bila Gong Tae Sung tersedar perasaannya dan cuba mengorat Han Byul tapi tak berjaya. sampai manager dia cakap apa dosa yang Gong Tae Sung buat sampai Han Byul langsung tak cair dengan semua taktik dia.

first time aku tengok drama Kim Young Dae terus jatuh hati dengan lakonannya. bila scene dia mesti tersengih-sengih tengok dia.. tak tahu kenapa comel sangat mamat ni..haha

Shooting Stars (2022) | Review Drama Korea

Supporting cast dalam drama ni memang awesome, side story mereka pun best juga. yang menarik juga banyak pelakon yang buat cameo dalam drama Shooting Stars antara Lee Sang Yeob, Jang Ki Yong, Kim Seul Gi dan ramai lagi. paling suka scene Moon Ga Young dan Kim Dong Wook sebab suka mereka berdua dalam drama Find Me In Your Memory.

plot dan jalan cerita keseluruhannya menarik dan menghiburkan tapi ada juga part macam bosan sikit. konflik dalam drama bila Gong Tae Sung kena berdepan dengan anti-fans dan banyak gosip buruk tersebar untuk menjatuhkan karier dia. tapi konflik dalam citer ni macam tak kuat sangat. dua episod last agak membosankan dah tak ada konflik just tunjuk main lead dan couple lain bercinta.

Shooting Stars (2022) | Review Drama Korea

actually tak plan pun nak tengok drama ni sebab ada dengar drama ni kena kecam sebab racist dan director tak buat research pasal Africa.

tapi bila dah masuk Netflix, tengok je la tak sangka tersangkut pula. bagi aku drama Shooting Stars ni best sebab watak utama dan supporting dia sangat menarik dan menghiburkan terutama sekali scene Gong Tae Sung, berdekah bila tengok dia buat perangai tak semenggah. hilang sekejap stress sis bila layan citer ni sebab Gong Tae Sung.

Baca juga : 

Post a Comment

6 Comments

  1. tak tahu pulak kena bash pasal africa tu. sebab drama ni terus suka dengan pairing comel ni. pairing second lead pun best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero dia comel sangat..haha..yg lain pun best, pairing semua comel :)

      Delete
  2. Lama nmpk drama ni tp x tertengok2 lagi hhehe

    ReplyDelete
  3. ada tengok sikit 1st ep, ntah rasa mcm boring je....may be akan sambung balik..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. first episod memang bosan sikit. masuk ep2 makin ok la sebab hero dia gila2..haha

      Delete