Golden Spoon (2022) | Review Drama Korea

Golden Spoon (2022) | Review Drama Korea

Title : Golden Spoon
Director : Song Hyun Wook, Lee Han Joon
Screenwriter : Kim Eun Hee, Yoon Eun Kyung
Network : MBC
Release Date : 23 September 2022
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Fantasy, Psychological, Drama
Cast : Yook Sungjae, Lee Jong Won, Jung Chae Yeon, Yeonwoo, Choi Won Young, Han Chae Ah, Choi Dae Chul, Seung You, Son Woo Hyun, Son Yeo Eun

SINOPSIS
Would you trade your poor but loving family for a life of riches? When Seung Cheon gets his hands on a magical spoon that allows him to switch lives with his rich best friend, he thinks it’s a no-brainer. But life-altering decisions are always accompanied by a sense of doubt, and with only three chances to change his mind, Seung Cheon has to decide which of his two possible futures is worth keeping.

Golden Spoon (2022) | Review Drama Korea

Golden Spoon mengisahkan Lee Seung Chun (Yook Sung Kae) yang dilahirkan dalam keluarga miskin, ayahnya pula banyak berhutang. Seung Chun belajar sambil bekerja sambilan, walaupun dia pandai dalam pelajaran tapi tak banyak membantu masa depannya bila dilahirkan dalam keluarga miskin tambahan pula dia selalu dibuli di sekolah.

Suatu hari, Seung Chun terjumpa dengan seorang ahjumma yang menjual barang antik lalu menawarkan kepada dia satu sudu emas yang kononnya boleh bertukar kehidupannya dengan kawannya yang kaya dengan syarat makan di rumah itu sebanyak tiga kali dengan menggunakan sudu emas tersebut.

Pada mulanya, Seung Chun tak percaya sangat tapi disebabkan terdesak, Seung Chun mengikut kata-kata ahjumma tersebut yang kemudiannya kehidupan Seung Chun bertukar dengan kawan sekelasnya yang dilahirkan dalam keluarga berada iaitu Hwang Tae Yong (Lee Jong Won) selepas tiga kali makan di rumah Tae Yong. 

Golden Spoon (2022) | Review Drama Korea

ada beberapa rules bila guna sudu emas tersebut. antara Seung dapat peluang menjadi orang kaya dalam tempoh sebulan, setahun dan 10 tahun. selepas tempoh tersebut berakhir dia boleh pilih sama ada untuk teruskan kehidupan tersebut atau kembali kepada kehidupannya yang asal.

pada mulanya, Seungchun pilih guna sudu emas tersebut adalah kerana wang. tapi bila jadi Hwang Tae Yong baru Seung Chun tahu kehidupan Tae Yong tak seindah mana pun bila terima tekanan yang kuat dari Hwang Hyungdo (Choi Won Young), bapanya sendiri.

Seung Chun kemudian ternampak wasiat Hwang Hyungdo dan terkejut bila nama Tae Yong tiada dalam senarai wasiat. so misi Seung Chun adalah dia perlu bekerja keras untuk dapatkan kepercayaan Hwang Hyung Do supaya lelaki itu menyerahkan wasiat kepadanya.

Dalam masa yang sama, Seung Chun tak boleh hidup tenang bila keluarganya masih lagi dibelenggu dengan hutang so dia cuba membantu dalam diam. Seung Chun juga turut membantu Tae Yong kerana rasa bersalah kawannya itu menjadi mangsa buli selepas bertukar kehidupan dengannya.

Golden Spoon (2022) | Review Drama Korea

mula-mula tu macam kesian juga dengan Hwang Tae Yong, dari kaya kena hidup miskin lepas tu tak pasal jadi mangsa buli pula. tapi Hwang Tae Yong bahagia dengan life sebagai Lee Seungchun, walaupun hidup miskin serba kekurangan tapi dia bahagia sebab ada parent yang sayangkan dia. nak compare waktu kaya semua cukup tapi kurang kasih sayang dan tak habis kena pressure dengan bapa sendiri.

at the end bila Tae Yong tahu pasal golden spoon dan kehidupannya yang ditukar, dia siap cakap kat Seung Chun yang dia tak pernah benci dengan apa yang berlaku malah bersyukur sebab dia ada keluarga sekarang.

Golden Spoon (2022) | Review Drama Korea

aku suka konsep drama, dua episod pertama best tapi lepas tu tak boleh masuk dengan jalan ceritanya. bagi aku, golden spoon tu yang buat drama ni special tapi dia dah tak jadi special bila bukan Seung Chun seorang saja yang guna golden spoon untuk bertukar kehidupan tapi ada orang lain lagi.

so rahsia Lee Seungchun dah tak berapa nak jadi rahsia bila ada orang lain yang tahu pasal golden spoon tu. aku pun tak tahu berapa ramai yang terkena dengan ahjumma yang jual golden spoon tu.

banyak twist pun tak best juga sebab banyak flaw, watak yang jahat pun kemain desperate dan  tamak sampai sanggup buat apa saja. romance dalam drama ni tak begitu menarik perhatian aku sangat. ending dia sangat mengecewakan. kesian watak cameo yang dikambing hitamkan oleh penulis.

Golden Spoon (2022) | Review Drama Korea

sejujurnya aku tengok drama ni sebab Sung Jae dan Choi Won Young sebab suka gandingan mereka berdua dalam drama Mystic Pop-up Bar tapi dalam drama ni watak mereka macam seteru. tapi aku suka moral value dalam drama ni.

Apa yang Seung Chun buat akan ada harga yang perlu dia bayar kemudian hari tapi duit bukan segalanya sebab kebahagian dan keluarga tak dapat dibeli dengan duit/

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. ni semua salah halmoni tu, semua orang nak dijualnya golden spoon tu. Tak puas hati bila taeyong kata dia bersyukur dengan apa dia ada padahal seungcheon dah settlekan banyak benda masa dia kaya. tak memasal seungcheon nampak jahat padahal dia hadap banyak benda

    ReplyDelete