Dosa Perempuan (TV3) | Sinopsis Telefilem

Dosa Perempuan (TV9) | Sinopsis Telefilem

Drama : Dosa Perempuan
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Murali Abdullah
Siaran : TV3
Tayangan : 25 November 2022
Masa : Jumaat | 8.30 Malam
Pelakon : Nad Zainal, Mira Filzah Redza Rosli, Aidit Noh, Haris Ismail, Duerra Mitilda, Hairi Safwan, Fizi Amer

Saksikan telefilem Dosa Perempuan lakonan Nad Zainal, Redza Rosli Mira Filzah pada hari jumaat ini jam 8.30 malam di TV9.


Dosa Perempuan (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Dosa Perempuan

Nik (Redza Rosli)  mendapat satu kes pembunuhan yang dilakukan oleh Daud (Aidit Noh) dan sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap kawannya sendiri, Azali (Hairi Safwan) mendapat perhatian daripada masyarakat.

Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Suraya (Nad Zainal) dan anak mereka, Aimi (Duerra Mitilda) menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah berlaku perkenalan Suraya dengan Tasha (Mira Filzah) di sebuah pasaraya. 

Nik mula rasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Aimi memberitahu yang dia tidak sukakan Tasha kerana Tasha agak pelik. 

Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak mahu membantu siasatan polis. Baginya, sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, Daud boleh meminta pihak polis untuk membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud. Siapakah pembunuh Azali yang sebenar?

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments