Anais Patah Hati Pertama Kali (Astro Citra) | Review Telefilem

Anais Patah Hati Pertama Kali (Astro Citra) | Review Telefilem

Telefilem : Anais Patah Hati Pertama Kali
Produksi : Tall Order Sdn Bhd
Pengarah : Junad M. Nor
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 12 September 2020
Pelakon : Siti Saleha, Ungku Ismail, Dee Al-Hadi, Puteri Jannah

Anais Patah Hati Pertama Kali (Astro Citra) | Review Telefilem

Anais Patah Hati Pertama Kali mengisahkan Anais (Siti Saleha) mempunyai fantasi yang tinggi mengenai cinta terutama sekali hubungannya dengan Meor (Ungku Ismail) yang bekerja di Osaka. Meor pulang ke Malaysia mahu berbincang mengenai komitmen dan hubungan mereka tapi Anais pula menyangka Meor akan melamarnya.


Anais teruja dan mula berangan makan malamnya bersama Meor akan menjadi memori terindah. Malangnya angan-angan Anais punah apabila Meor memberitahu keputusannya untuk terus menetap di Osaka dan memutuskan hubungan mereka.

Anais Patah Hati Pertama Kali (Astro Citra) | Review Telefilem

Anais tak pernah patah hati sebab dialah yang mematahkan hati bekas teman lelakinya sebelum ini. so buat pertama kalinya, Anais patah hati dan tidak dapat mengawal emosinya. 

Del yang merupkan kawan baik Anais dan juga Suzy, budak sekolah selalu melepak di kedai buku mereka mencadangkan supaya Anais bertemu kembali semua bekas teman lelakinya untuk meminta maaf supaya dia boleh move on.

sebab Anais ni dulunya suka pilih teman lelaki berdasarkan genre buku yang dia tengah suka pada waktu tersebut. bila dah bosan terus blah macam tu saja tanpa fikir perasaan orang ditinggalkannya tanpa alasan yang kukuh. bila berjumpa balik dengan mereka semua, banyak benda yang Anais dapat belajar.

Anais Patah Hati Pertama Kali (Astro Citra) | Review Telefilem

apabila melalui sendiri fasa patah hati, baru Anais tersedar yang dunia ini tak semuanya indah. sudah tiba untuk Anais sedar dan keluar dari dunia fantasinya sebab tiada yang sempurna dan hidup akan jadi lebih indah bila kita dapat membantu orang lain.

Walaupun telemovie ini mengenai Anais yang patah hati tapi sebenarnya bukan kisah sedih, lebih kepada komedi sebab perangai Anais yang terlebih drama. lagu dan muzik latar  dalam telemovie ni comel dan santai je dengar.

Post a Comment

0 Comments