My Girlfriend is an Alien (2019) | Review Chinese Drama

My Girlfriend is an Alien (2019) | Review Chinese Drama

Title : My Girlfriend is an Alien
Director : Gao Cong Kai, Liu Han Yang
Network : WeTV
Aired : 19 Aug - 24 Sep 2019
Episodes : 28
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Comedy, Fantasy
Cast : Wan Peng, Bie Thassapak Hsu, Wang You Jun, Yang Yue, Christopher Lee, Shu Ya Xin, Alina Zhang, Ben Wang

SINOPSIS : 
Chai Xiao Qi, an alien girl from "Cape Town Planet", lost her signal and had to stay on earth. She encountered overbearing boss Fang Leng, who was suffering from "rainy weather heterosexual amnesia", and he would forget the females around him. A hilarious and romantic cross-star love story since then started. Chai Xiao Qi was not only an alien, but also a true-handed witch. Once she inhaled the hormone emitted by males on the earth, she would fall into "flowery state" and met many funny things after that. In order to survive on the human earth, Chai Xiao Qi used her various super powers to solve one accident after another.

dah banyak tertengok klip pendek drama ni kat youtube tapi selalu terlupa. bila dah keluar yang musim kedua teruslah tengok sebab drama ni agak hybe juga so aku decide kalau cerita dia best bolehlah terus proceed sambung tengok yang musim kedua.

My Girlfriend is an Alien (2019) | Review Chinese Drama

 My Girlfriend is an Alien mengisahkan Chai Xiao Qi (Wang Peng) yang merupakan alien terperangkap di bumi setelah kunci  yang menghubungkan ke kapal angkasanya telah hilang. sepanjang berada di dunia baru, banyak yang Xiao Qi explore kemudiannya bertemu dan berkawan baik dengan Fang Lie.

Xiao Qi kemudiannya mendapati kunci yang dicarinya ada pada Fang Leng (Bie Thassapak) lalu cuba mendekati lelaki tersebut. dalam satu insiden, Xiao Qi bersetuju untuk berlakon menjadi kekasih Fang Leng.


Fang Leng merupakan CEO dan mempunyai satu rahsia iaitu dia mempunyai amnesia yang mana setiap kali hujan, dia akan terlupa dengan perempuan yang dia pernah date atau bertemu sebelum itu. anehnya bila jumpa Xiao Qi, ingatannya pada Xiao Qi tak pernah padam setiap kali hujan.

doktor peribadi Fang Leng merasakan mungkin ini petanda yang positif untuk dia sembuh dan mencadangkan Fang Leng menjadikan Xiao Qi sebagai teman wanitanya.

pada mulanya Xiao Qi tak setuju tapi bila tahu keadaan Fang Leng, dia bersetuju untuk membantu dalam masa yang sama dia perlu mendekati Fang Leng untuk dapatkan balik barang miliknya.

My Girlfriend is an Alien (2019) | Review Chinese Drama

Fang Lie ( Wang You Jun) pula adik kepada Fang Leng, dia jadi rapat dengan Xiao Qi banyak tolongnya waktu abangnya kurung dan paksa dia lukis untuk prepare pameran solonya yang semakin hampir. Xiao Qi juga yang banyak tolong Fang Lie untuk dapatkan ilham bila otak dia dah tepu nak melukis.

lama kelamaan Fang Lie dah jatuh hati pada Xiao Qi, walaupun tahu Xiao suka pada abangnya dia tetap juga luahkan perasaan tapi hampa kena reject. lepas banyak kesalahan yang dilakukan pada mereka dua, Fang Lie cuba satukan Xiao Qi dengan Fang Leng.

My Girlfriend is an Alien (2019) | Review Chinese Drama

Jiang Xue (Yang Yue) kembali ke China untuk mendapatkan kembali Fang Leng tambahan pula ada restu dari kedua keluarga yang mahu menjodohkan mereka. masalahnya Fang Leng tak pernah ingat dan tak pernah ada perasaan pada dirinya.

Fang Leng sebenarnya cinta pertama Jiang Xue sebab mereka pernah rapat waktu sekolah dulu. bila dia confess pada Fang Leng esoknya Fang Leng dah tak ingat dia. kiranya dari cerita sedih bertukar jadi dendam.

gigih juga perempuan ni nak dapatkan Fang Leng plus dia tahu rahsia Fang Leng yang amnesia. bila tak dapat apa yang dia nak mula ugut pastu sebar berita buruk pasal Fang Leng dan Xiao Qi. Jiang Xue juga gunakan Fang Lie untuk berkomplot dengannya.

My Girlfriend is an Alien (2019) | Review Chinese Drama

tipikal jadi anak orang kaya, Ceo pula tu. ramailah yang nak jatuhkan Fang Leng termasuk emak tirinya, mak kepada Fang Lie yang mahu jawatan CEO diberikan kepada anaknya. walaupun begitu Fang Lie sayang pada abangnya jadi dia tak pernah setuju dengan rancang emaknya lagipun dia tak minat sangat dengan urusan pejabat.

tapi itulah perangai Fang Lie ni banyak yang buat aku confius. dia tak nak komplot dengan emaknya untuk jatuhkan Fang Leng tapi boleh pula komplot dengan Jiang Xue untuk pisahkan Xiao Qi dan Fang Leng. sayang abang tapi sebab perempuan boleh pula tikam abang sendiri dari belakang.

My Girlfriend is an Alien (2019) | Review Chinese Drama

plot dan jalan cerita My Girlfriend is an Alien agak lemah sebab banyak plot holes, messy dan dragging. pendek cakap jalan cerita dia tipikal rom-com chinese drama yang biasa aku tengok tapi special sikit sebab heroinnya alien.

chemistry antara main lead memang best, tengok acting Wang Peng dan Bie nampak bersahaja dan selesa to each other, ini antara sebab aku boleh bertahan dengan drama ni sampai habis. scene romantik antara penyeri drama ni tapi itu tak cukup untuk aku sambung tengok musim kedua. tak masuk dengan jalan ceritanya.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Drama ini best tapi bila buat season 2 rasa macam.. Hurm!!

    ReplyDelete