Review Chinese Drama | The Fox's Summer (2017)


Title : The Fox's Summer / Fox Falls in Love
Director : Yu Zhongzhong
Writer : Shen Cangmei
Network : Tencent Video/WeTV
Aired : 5 April 2017 - 25 April 2017
Episodes : 44
Running Time : 40 minutes
Cast : Jiang Chao, Tan Songyun, Daniel Zhang Xin


The Fox's Summer mengisahkan Gu Cheng Ze (Jiang Chao), anak angkat kepada keluarga Gu dan juga CEO Gu Mall Corporation. Madam Gu mahu cucu kandungnya iaitu Gu Jin Yun (Daniel Zhang) untuk menjadi pewaris syarikat keluarga mereka masalahnya Gu Jinyun langsung tak berminat belajar menguruskan syarikat dan lebih gemar untuk berfoya-foya.

Suatu hari, Gu Cheng Ze bertemu dengan seorang pereka fesyen, Li Yanshu (Tan Song Yun) kemudian dapat tahu yang gadis ini bekas teman wanita Jinyun lalu membuat rancangan dengan hire Yanshu dalam syarikat mereka. plan tersebut berjaya bila Jinyun mula rajin datang ke pejabat di samping nak memikat semula Yanshu.

tapi apabila Madam Gu dapat tahu tentang Yanshu disuruhnya Cheng Ze pisahkan mereka. secara tak langsung membuka peluang kepada Cheng Ze dan Yanshu untuk bertambah rapat.


walaupun luarannya nampak Li Yanshu seorang yang ceria tapi kehidupannya agak sedih. selepas ibu dan bapanya bercerai, mak Li Yanshu berkahwin dengan lelaki kaya. walaupun bapa tirinya sangat baik, tapi kakak tirinya, Han Jun Yao (Wang Yan Zhi) sangat bencikannya dan mahu singkirkan Yanshu dan emaknya.

Li Yan Shu bekerja sebagai pereka fesyen di syarikat ayah tirinya, suatu hari satu persatu perkara buruk terjadi dalam hidupnya apabila hasil kerja dituduh ciplak. Jun Yao mengambil kesempatan tersebut memecat Yan Shu tanpa memberi peluang kepada Yan Shu membela dirinya.

kebetulan pula ibu dan ayah mereka tiada di rumah, Han Jun Yao terus menghalau Li Yan Shu keluar dari rumah mereka. 


selepas dihalau dari rumah, Li Yan Shu bertemu dengan Gu Cheng Ze. Cheng Ze kemudianya dapat tahu yang Li Yan Shu ni cinta pertama Gu Jin Yu dan terus dapat idea untuk mengambil Li Yan Shu bekerja di syarikat walaupun dia dapat tahu tentang kes ciplak Li Yan Shu dengan harapan kehadiran gadis tersebut dapat mengubah perangai Jin Yun.

Cheng Ze bawa Li Yan Shu ke rumahnya sebab gadis tersebut mabuk. tapi kemudian Li Yan Shu cari pelbagai alasan untuk terus tinggal di situ sebab dia tiada tempat untuk dituju dan last sekali Cheng Ze terpaksa beralah. walaupun mereka selalu tak sependapat lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat dah saling jatuh cinta.


Gu Jin Yun dan Li Yan Shu bercinta ketika sekolah dan hubungan mereka terputus apabila Yan Shu tiba-tiba menghilangkan diri. bila bertemu semula, Jin Yun masih menyimpan perasaan marah dan tak puas hati tapi selepas dapat tahu kisah sebenar, Jin Yun berusaha memikat Yan Shu semula.

bagi Li Yan Shu pula, semua itu sejarah lama dan dia pun sudah tiada perasaan kepada Jin Yun. yang buat Yan Shu marah bila dapat tahu Cheng Ze sibuk nak satukan dia dengan Jin Yun semula. 

yang bestnya bila Cheng Ze mula sedar perasaan sendiri baru dia cuba memikat Yan Shu, part ni kelakar juga sebab Cheng Ze tak pernah bercinta dan tak tahu macam mana nak mengorat perempuan.


drama The Fox' Summer ada dua musim, musim pertama (ep 1-21) jalan ceritanya agak ringan dan fun  manakala musin kedua (ep 22-44) banyak halangan yang menimpa Li Yan Shu dan hubungan dia dengan Cheng Ze, dan plot twise pun banyak yang klise.

side character agak annoying dan tak consistent macam Madam Gu yang terlalu tegas dengan pendiriannya, dan Han Jun Yao yang terlampau membenci adik tirinya. memula tak faham juga kenapa Jun Yao ni kejap ok kejap benci dengan Yan Shu rupanya baru tahu dia pun ada hati dengan Jin Yun. 

overall, seronok layan drama ni sebab watak utama. suka dengan lakonan heroinnya dan chemistry antara Yan Shu dan Cheng Ze sangat comel, diorang punya character sangat opposite tapi itu yang buat best melayan drama ni.

Post a Comment

0 Comments