Jesnita (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Jesnita (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Drama : Jesnita
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Emi Suffian
Penulis Skrip : Allahyarham Sidek Ariff, Irwan Mansor, Nurul Hazrina
Siaran : Astro Prima
Tayangan : 7 November 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 40

Saksikan drama Jesnita yang bakal menggantikan drama Takdir Cinta Dhia mulai 7 November 2022, setiap hari isnin hingga jumaat pukul 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima.

Drama Jesnita dibintangi oleh Intan Najuwa yang menjadi tunggak utama sebagai Jesnita watak antangonis dan juga heroin yang bakal mengharungi pelbagai cabaran dan konflik apabila menjadi mangsa cinta, mangsa perebutan harta dan sengketa.

Drama arahan sutradara Emi Suffian ini dibintangi oleh gandingan mantap pelakon baru dan lama seperti Nasha Aziz, Rozita Che Wan, Yusuf Bahrin, Malek Maccrone, Fikry Ibrahim, Nina Smith dan ramai lagi.


Jesnita (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Pelakon Drama Jesnita

  • Intan Najuwa sebagai Jesnita
  • Yusuf Bahrin sebagai Rafael
  • Malek Mccrone sebagai Zaid
  • Fikry Ibrahim sebagai Zainal
  • Nasha Aziz sebagai Syafinaz
  • Hafidz Roshdi sebagai Aidil
  • Rozita Che Wan sebagai Rosemilla
  • Nina Smith sebagai Dayana
  • Fatiya Latif sebagai Aurora
  • Zach Zaffranz sebagai Fauzi
  • Ani Mayuni sebagai Seri
  • Aqil Taqee sebagai Iskandar
  • Ezaidi Aziz sebagai Salaam


Jesnita (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Jesnita

Jesnita merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid. 

Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid. 

Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita termasuk isteri pertama Rafael, Dayana. Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati.

Post a Comment

1 Comments