Zombie Detective (TV3) | Sinopsis Drama Korea

Zombie Detective (TV3) | Sinopsis Drama Korea

Drama : Zombie Detective
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 30 Ogos 2022
Masa : Selasa-Khamis | 11.00 Malam
Episod : 24
Pelakon : Choi Jin-hyuk, Park Ju-hyun, Kwon Hwa-woon, Tae Hang-ho, Lee Joong-ok, Ahn Se-ha

Saksikan drama fantasi komedi, Zombie Detective yang bersiaran setiap hari selasa hingga khamis pukul 11.00 malam di slot Chamsarang TV3. 

Zombie Detective merupakan drama arahan Shim Jae Hyun dan skrip ditulis oleh Baek Eun Jin dan pernah ditayangkan di Korea Selatan pada 21 September hingga 27 Oktober 2020 di saluran KBS2.

Zombie Detective (TV3) | Sinopsis Drama Korea

Sinopsis Drama Zombie Detective

Moo Young (Choi Jin Hyuk)  yang ditanam secara rahsia di sebuah bukit kembali hidup sebagai zombie kerana bantuan sisa bahan medical yang dibuang secara haram. Walaupun hilang ingatan, Moo Young dapat menerima dirinya sebagai zombie dan cuba kelihatan seperti manusia normal.

Moo Young mempunyai kelebihan deria bau yang tajam membolehkan dia menjadi penyiasat persendirian dan terlibat denngan kes mencari jasad mereka yang dilaporkan hilang.

Manakala Sun Ji (Park Ju Hyun) pernah menjadi penulis untuk program TV kini bekerja sebagai pembantu sementara di agensi Moo Young dan secara tidak sengaja telah mengetahui identiti sebenar Moo Young adalah zombie.

Apa yang berlaku apabila zombie dan penulis bergabung menyelesaikan segala kes dan menyiasat misteri di sebalik kewujudan zombie ini?

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments