Review Drama Korea | Mouse (2021)


Title : Mouse
Director : Choi Joon Bae, Kang Cheol Woo
Screenwriter : Choi Ran
Network : TVN
Aired : 3 Mar 2021 - 19 May 2021
Episodes : 20
Duration : 1 hour 15 minutes
Cast : Lee Seung Gi, Lee Hee Joon, Kyung Soo Jin, Park Joo Hyun, Ahn Jae Wook, Kwon Hwa Woon, Kim Jung Nan, P.O, Yoo Sae Hyun, Jo Jae Yoon, Ahn Nae Sang

Dalam drama Mouse, korea digemparkan dengan pembunuh bersiri yg sangat licik dan sukar dijejak oleh pihak polis yg dikenali sebagai Head Hunter pada tahun 1994. 

identiti Head Hunter terbongkar apabila melakukan kesilapan ketika membunuh satu keluarga dan tak perasan anak bongsu keluarga tersebut bersembunyi dan dapat mengecam mukanya.


isu dalam drama Mouse ni adalah bagaimana kalau psychopath dapat dikesan dari awal? adakah kita dapat membina satu komuniti yg bebas jenayah? perkara ini tak mustahil apabila Daniel Lee (Jo Jae Joon) yg merupakan seorang saintis berjaya mengesan genetik yg istimewa dalam individu psikopat.

pihak kerajaan berminat untuk menggunakan kajian Dr Lee yg boleh mengesan dan mengugurkan janin yg mempunyai genetik psikopat tapi ada pihak yg tak bersetuju dan menolak usul tersebut.

ini bukan first time drama korea dok bahas pasal isu psikopat, dalam drama Flower Evil dan Come & Hug Me ada juga penulis bahas pasal benda ini sama ada kalau bapanya psychopath serial killer adakah anaknya juga akan mengikut jejak bapanya sebab mewarisi genetik dna yg sama.


selepas 25 tahun berlaku satu lagi beberapa kes pembunuhan tapi pihak polis tak nak admit yg semua kes tersebut dilakukan oleh orang yg sama. Detektif Ko Moo Chi (Lee Hee Joon) yg frust bila teori dia ditolak terus beritahu wartawan menyebabkan kes tersebut mendapat perhatian masyarakat. Detektif Ko dibantu oleh officer Jung Bae Rum (Lee Sung Gi).

bukan senang Detektif Ko nak tangkap pembunuh bersiri yg psiko yg rasa diri dia macam tuhan dan sesuka hati jatuhkan hukuman pada orang lain. persoalanya siapa pembunuh sebenarnya?


jalan cerita Mouse agak menarik bermula dengan kisah Head Hunter dan banyak persoalan dan misteri di permulaan drama. walaupun momentum agak drop di pertengahan drama tapi jalan cerita bertambah menarik bila topeng sebenar psikopat mula terbongkar. plot twist dalam drama ni pun menarik tapi bila banyak sangat plot twist tak bagus juga, boleh buat orang confius.

dari awal lagi dah boleh nampak dan teka siapa pesalah sebenar tapi still la rasa seram bila nampak perangai sebenar pembunuh dan macam mana seronok dia game Detektif Ko. aku lagi prefer drama crime thriller yg 16 episode sebab bila panjang gini memang stress nak tengok sebab ada beberapa scene rasa macam dragging dan banyak main flashback. 


mostly watak dalam cerita ni ada luka tersendiri pada masa lalu mereka macam Detektif Ko yg masih lagi berdendam dengan Head Hunter yg telah membunuh keluarganya dulu. aku cuba nak paham part tu tapi yg tak faham dengan Detektif Ko ni bila kerja tak ada displin asyik panas baran dan kaki botol.

dari awal lagi tak berkenan bila Detektif Ko dah target anak Head Hunter sebagai saspek pembunuhan bersiri yg berlaku di Moojin padahal dia tak ada bukti pun. dia percaya kalau bapanya dah pembunuh, anak pun mesti ikut jejak langkah bapanya. bagus betul teori dia!

kalau betul Detektif Ko nak tangkap pembunuh psikopat buatlah kerja dengan betul dan assign dalam team secara rasmi. ini kerja sendiri tak buat sibuk nak kacau kes orang. macam tak hairan kalau polis lain tak habis bengang dengan dia.


ini bukan kali pertama TVN terbitkan drama genre jenayah pembunuhan macam ni sebab tu tak sure kenapa scene pembunuhan dalam Mouse semua kena censor habis sampai tak nampak klu yg ditinggalkan pembunuh, agak terganggu juga sebab kadang tu tak tahu benda yg diorang discuss. maybe tak nak ada isu dengan knetz kot.

overall storyline dia menarik tapi bukan drama crime thriller terbaik since aku ada beberapa isu dan watak yg tak berkenan dalam drama ni. conclusion dari Mouse, yg sebenarnya bukan orang yg ada genetik psikopat ni yg problem tapi hati manusia tu sendiri tak boleh nak jangka. ada yg tamak sampai menggunakan kuasa dan duit untuk kepentingan diri sendiri sampai sanggup jadikan manusia yg tak bersalah sebagai mangsa dan bahan eksperimen mereka.

Post a Comment

4 Comments

  1. Storyline memang mencabar kalau nk tahu siapa yg buat jenayah tu

    ReplyDelete
  2. bagus conclusion tu, semuanya dari hti bukan dari genetik. allah cipta manusia semuanya dari yg baik2

    ReplyDelete
  3. Best ni cerita pasal penyiasatan. Eh lama betul Lee Seung Gi tak berlakon kan. Banyak terlibat dalam variety show je.

    ReplyDelete