Movie | The Odd Family: Zombie On Sale (2019)


Title : The Odd Family: Zombie On Sale
Country : South Korea
Director : Lee Min Jae
Screenwriter : Lee Min Jae
Release Date : 14 February 2019
Duration : 1 hour 52 minutes
Cast : Jung Jae Young, Kim Nam Gil, Lee Soo Kyung, Jung Ga Ram,
Uhm Ji Won, Park In Hwan

Di pekampungan kecil, tinggal keluarga Man Deok yg mempunyai stesen minyak tapi bisnes dah lama tak jalan. Man Deok lagi suka melepak dengan geng dia main kad.

Man Deok ada tiga orang anak iaitu Joon Gul (Jung Jae Young) dengan isterinya Nam Joo yg tengah sarat mengandung, Min Gul (Kim Nam Gil) yg baru balik kampung lepas kena buang kerja dan anak bongsunya Hae Gul (Lee Soo Kyung)


Suatu hari, muncul zombie di situ tapi kehadirannya langsung tak ditakuti penduduk kampung. yg kelakarnya si zombie ni pula yg kena buli dan dikejar anjing sampai terpaksa lari sembunyi di tandas stesen minyak. bengang punya pasal, zombie serang dan gigit Man Deok.

anak-anak Man Deok yg tahu pasal zombie ni jadi cuak lagi-lagi bila tahu bapa mereka dah kena gigit sampai masing-masing terus jadi anak derhaka pergi kurung Man Deok. 

Min Gul pula dah siap google dan tulis manual pasal zombie sebagai langkah berjaga-jaga. dalam diam Min Gul sebenarnya plan nak jual si zombie.


keesokan harinya, anak-anaknya lega bila Man Deok tak bertukar jadi zombie. yg ajaibnnya Man Deok dah nampak muda sikit dan tubuhnya sangat bertenaga. geng halabeoji yg nampak perubahan Man Deok teruja nak tahu rahsia awet muda Man Deok.

Man Deok mula buat bisnes dengan kawan-kawannya gunakan si Zombie untuk dapatkan duit. lepas dapat duit boleh pula Man Deok lesap pergi bercuti ke luar negara.


zombie sekarang pun dah naik taraf jadi anak angkat Man Deok dan diberi nama Jjong Bi (Jung Ga Ram). Hae Gul sangat rapat dengan Jjong Bi siap make over baru nampak hensem giler si zombie ni. 

walaupun Man Deok dah bawa lari duit tapi bisnes mereka semakin kencang bila makin ramai orang kampung nak dapatkan service Jjong Bi. tapi siapa sangka gara-gara bisnes zombie, orang kampung ni dah bertukar menjadi zombie sehingga keadaan menjadi tak terkawal. 

Joon Gul dan Min Gul perlu cari jalan untuk menyelamatkan keluarga mereka, keadaan bertambah genting bila Nam Joo nak melahirkan anak. berjayakah mereka sekeluarga menyelamatkan diri daripada serangan zombie?


memula tengok filem ni seram juga tak tahu apa yg bakal terjadi. tapi sekali zombie dia muncul terus tergelak sebab tak expect zombie dia lembik. sebelum tengok aku tak baca review atau tengok trailer so jadi excited nak tahu apa mereka nak buat dengan JJong Bi ni 

banyak scene kelakar dalam citer ni lagi pula perangai ahli keluarga Man Deok ni memang perangai pelik sikit tapi paling suka Hae Gul sebab baik hati dan selalu protect Jjong Bi daripada kena buli dengan keluarganya. 

filem ni bukan tipikal filem zombie, sangat best untuk ditonton dan sangat recommend untuk tengok kalau korang tengah mencari filem komedi.

Post a Comment

13 Comments

  1. memang kelakar pun.. suka tengok kelainan yang dibawakan dalam filem ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kelakar, lain daripada filem zombie yg lain..haha

      Delete
  2. i mcm boleh imagine covid ni ibarat zombie la jangkitan dia huhu

    ReplyDelete
  3. menarik juga cerita ni..nnt boleh tgk..

    ReplyDelete
  4. walaupun citer dia macam klakar2 tapi kalau nak tngk
    kena tunggu ada teman gak ni.. takot hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak scary sgt movie ni, part zombie serang pun dah hujung2..hehe

      Delete
  5. Replies
    1. zombie dia baik tak ganas macam filem zombie lain..haha

      Delete
  6. wah macam best..igtkan scary movie tapi macam lawak je..oke done wishlist heheh

    ReplyDelete
  7. mama baca sinopsis ni dah senyum2.. nak cari la cite ni

    ReplyDelete
  8. haritu tgok , rasa kelakar pun ada . ada part sedih juga . seronok seronok

    ReplyDelete
  9. eh eh macam best pulak sinopsis dia tu...

    ReplyDelete