Takdir Cinta Dhia (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Takdir Cinta Dhia (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Drama : Takdir Cinta Dhia
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Idora Abd Rahman
Siaran : Astro Prima 105
Mula Tayangan : 12 September 2020
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 40
Pelakon : Shahz Jaszle, Elvina Mohamad, Aaron Aziz, Khalida Balqis, Nazrief Nazri, Nada Nur Syuhada

Saksikan drama Takdir Cinta Dhia menampilkan barisan pelakon hebat seperti Elvina Mohamad, Aaron Aziz dan Shahz Shaszle yang ditayangkan di slot Tiara Astro Prima, setiap hari isnin hingga jumaat pukul 6 petang mulai 12 September 2022 bagi menggantikan drama Cinta Hilang Kata.

Takdir Cinta Dhia merupakan drama arahan sutradara Idora Abd Rahman yang memaparkan kisah tragedi cinta yang diduga dengan perasaan hasad dengki serta dendam keluarga. Malah penceritaan drama kali ini menyelit kisah jenayah dan drama kekeluargaan yang pasti memberi elemen saspens bertalu-talu kepada para penonton.

Takdir Cinta Dhia (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia

Drama ini mengisahkan tentang Dhia (Datin Elvina Mohamad) yang ditunangkan dengan anak Encik Amran iaitu Huzair (Shah Jaszle) yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali. Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran. 

Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad (Dato’ Aaron Aziz) yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha (Nada Nur Syuhada)  telah berkahwin dengan Fikri (Nazrief Nazri), abang sulung kepada Dhia. 

Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar. Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. 

Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia (Khalida Balqis) kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia.

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments