Telefilem Jubah Dari Mekah di TV3

Jubah Dari Mekah

Telefilem : Jubah Dari Mekah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV3
Tayangan : 9 Julai 2022
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Norlia Ghani, Rusdi Ramli, Erynne Erynna, Fimie Don, Kodi Rasheed, Julia Farhana Marin

Saksikan Telefilem Jubah Dari Mekah lakonan Norlia Ghani, Rusdi Ramli dan Fimie Don pada hari sabtu pukul 10.00 malam di Cerekarama TV3.


Jubah Dari Mekah mengisahkan Mak Leha, seorang ibu tunggal membesarkan dua orang anaknya, Shakir dan Nabila (Abil). 

Shakir nekad mengurung Abil yang menagih dadah di bawah kolong rumah kerana tidak mahu Abil mendapatkan bekalan dadah lagi. Mak Leha tidak sanggup melihat keadaan Abil dikurung seperti itu. Malah melihat Abil semakin gian ketagih, Mak Leha pula sanggup mendapatkan bekalan dadah untuk Abil.

Pada masa yang sama, Mak Leha berhasrat untuk menunaikan umrah dengan wang simpanannya. Shakir pula ingin melunaskan hasrat ibunya untuk ke tanah suci walaupun isterinya, Elis tidak bersetuju kerana dia memang tidak suka kepada Mak Leha dan Abil. 

Namun melihat keadaan Abil makin teruk, Mak Leha telah menukar hasratnya untuk ke Mekah dengan menggantikan Abil. Pada mulanya Shakir membantah kerana padanya Abil hanya menyusahkan dia dan ibunya. Namun memikirkan itu antara cara terakhir untuk memulihkan Abil, dia bersetuju.

Post a Comment

0 Comments