Drama : Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Produksi : Hyper Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip : Mirrada, Riqmal EG, PGRs Team
Siaran : Astro Ria/ Sooka
Tayangan Asal : 15 Jun 2018
Episod : 5
Pelakon : Zul Ariffin, Neelofa, Nur Qistina Raisah, Scha Alyahya, Fahad Iman, Elvina Mohamad, Syerinie Myra, Raja Afiq, Adam Shadan, Sharifah Shahora, Mustapha Kamal
Diadaptasi dari novel Ti Amo Sweetheart 100 Hari karya Suri Ryana, drama arahan Michael Ang ini menampilkan barisan pelakon seperti Neelofa yang membawa watak sebagai Malissa, Zul Ariffin sebagai Isaac Iskandar, Nur Qistina Raisah sebagai Dina, Scha Al-Yahya sebagai Rania dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Kisah kesabaran dan cinta seorang isteri bernama Malissa yang penuh dengan dugaan apabila suaminya Iskandar hilang tanpa berita. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar.
Malissa ke Rome selepas mendapat maklumat yang suaminya di sana. Dengan bantuan Faliq, Malissa mula mencari Isaac Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.
Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu? Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?
1 Comments
novel suri ryana ni best tapi bila tenguk pelakon dia neelofa emm malas le nak tenguk.
ReplyDelete