Dia Bukan Bidadari (TV1) | Review Drama

Dia Bukan Bidadari (TV1) | Review Drama

Drama : Dia Bukan Bidadari
Produksi : A10 Alliance Sdn Bhd
Pengarah : Idora Abd Rahman
Penulis Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 1 Ogos 2022
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 26
Durasi : 45 minit
Pelakon : Mona Allen, Keith Foo, Fadlan Hazim, Silfeny Osman, Julia Farhana, Jasmin Hamid, Kartina Aziz, Aleza Shadan, Zulkifli Ismail, Aleeza Kasim, Rafe Sumantri , Fadilah Mansor , Dayang Areeda, Ikhwan Khairudin, Mustaqim Bahadon, Abil Qamaruzaman, Maymay, Natasha Hamzah, Alex Afian, Sanjna Suri, Ummar Dzariff

Sebelum ni waktu petang-petang suka melayan drama filipina atau turki di TV tapi sekarang dah tak ada citer filipina so kita pun melayan drama Dia Bukan Bidadari. awal-awal episod tak follow sangat tapi menarik juga jalan ceritanya.

Dia Bukan Bidadari (TV1) | Review Drama

Dia Bukan Bidadari mengisahkan percintaan tiga segi antara Jannah (Mona Allen), Ray (Fadlan Hazim) dan Fareez (Keith Foo). Percintaan Jannah dan Ray ditentang oleh ibu Ray iaitu Puan Sri Sharifah (Jasmin Hamid) kerana mahu menjodohkan anaknya dengan Naina (Julia Farhana).

Jannah kemudiannya memutuskan hubungannya dengan Ray lalu menerima lamaran Fareez untuk mengelak Puan Sri dari terus mengganggu hidupnya. 

Fareez dapat menerima hakikat yang perkahwinan mereka sekadar mengaburi Puan Sri Sharifah. Walaupun begitu Fareez sebenarnya dalam diam sudah lama menyukai Jannah, dia berusaha melayan dan menjaga Jannah sebaik mungkin walaupun Jannah masih dingin untuk menerima dirinya sebagai suami.

Dia Bukan Bidadari (TV1) | Review Drama

kebanyakkan konflik dalam drama ni datang dari Puan Sri Sharifah dan Naina. selagi Ray tak berkahwin dengan Naina selagi itu Puan Sri tak puas hati walaupun Jannah dah kahwin. so macam-macamlah rancangan jahat Puan Sri untuk mengaibkan Jannah.

jenis mak-mak yang suka memaksa ni memang annoying tapi si Naina lagilah annoying, tahulah dengan Puan Sri kemain kamceng tapi tak payah 24 jam nak menyibuk pasal hidup Ray. bila Ray jumpa perempuan lain atau tak layan dia mulalah nak mengadu pada Puan Sri. patutlah Ray menyampah giler dengan dia.

kesian juga dengan hidup Ray tak habis kena control dengan emak dia, lepas tu patah hati pula bila perempuan yang dia suka pilih kawan baiknya sendiri. tapi itulah dugaan jadi anak orang kaya, masalah pun klise. kalau aku jadi Ray baik lari pergi luar negara, habis cerita..haha

Dia Bukan Bidadari (TV1) | Review Drama

Jannah sebenarnya berasal dari kampung dan pernah hidup susah sebab itu dia pernah berangan nak kahwin dengan orang kaya tapi akhirnya dapat Fareez sebagai suami. Jannah ingat Fareez ni sengkek sangat kot iyelah bawa viva je kot nak compare dengan semua ex dia sebelum ni.

masalah Jannah bila dia tak nak kenal dengan lebih rapat dengan suami ataupun hormat Fareez sebagai suaminya. satu lagi masih lagi nak bertahan kerja kat syarikat Ray dengan alasan dia takkan berhenti selagi tak dapat kerja lain padahal Fareez sendiri dah beritahu mampu nak tanggung hidup dia.

walaupun Fareez ni garang, cakap pun tak romantik macam Ray tapi boleh nampak macam mana dia jaga Jannah dengan baik tapi itulah masalahnya bila Jannah tak pernah tahu perasaan sebenar Fareez. pendek cakap mereka ni ada masalah komunikasi.

Dia Bukan Bidadari (TV1) | Review Drama

Fareez sebenarnya orang kaya walaupun luarannya bawa kereta viva je, dia ada company sendiri hasil peninggalan arwah bapanya.

konflik dalam keluarga Fareez pula sebenarnya dari emak saudaranya iaitu Datin Fauziah (Aleza Shadan) yang mahu Fareez berkahwin dengan anaknya, Nadia (Dayang Areeda) sebabnya suaminya yang menjaga syarikat selama ini sebelum Fareez ambil alih sepenuhnya. so kalau Fareez tak kahwin dengan anaknya melepaslah syarikat tu sebab suaminya tak ada hak.

apabila Fareez berkahwin dengan Jannah, Tok Zah pun (Kartina Aziz) kemain sayang dengan cucu menantu. itu yang makin bengkek  Datin Fauziah dengan Jannah. makanya senanglah Puan Sri Sharifah cucuk jarum untuk membuat onar pada Jannah.

Dia Bukan Bidadari (TV1) | Review Drama

Dalam episod terbaru, Naina cuba meracuni fikiran Jannah dengan memberitahu siapa sebenarnya Fareez. Apakah penerimaan Jannah bila mengetahui Fareez sebenarnya tak miskin seperti yang dia sangkakan selama ini? Adakah Jannah akan percaya dengan apa yang diberitahu Naina?

sebenarnya masalah drama ni simple saja tapi saja masing-masing nak rumitkan keadaan. dah tahu orang tak suka kau, Ray tak habis mengganggu berhentilah kerja. pastu tak payah rasa tertipu kalau dari awal pun kau terima Fareez sebab nak lari dari diganggu Ray dan emak dia. 

kesimpulannya, jalan ceritanya jadi complicated disebabkan heroinnya kurang bijak dalam membuat keputusan tapi nasib baik sis suka watak Fareez ni so layankan saja drama santai-santai di waktu petang.

Post a Comment

0 Comments