Dia Bidadari Dari Syurga (TV Okey) | Sinopsis Drama

Dia Bidadari Dari Syurga (TV Okey) | Sinopsis Drama

Drama : Dia Bidadari Dari Syurga
Produksi : Sazawan Supply Sdn Bhd
Pengarah : Izzman Hafiz
Penulis Skrip : PGRs Team, Aina Hannez, Riqmal EG
Siaran : TV Okey
Tayangan Asal : 23 Oktober 2020
Masa : Selasa-Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 20
Adaptasi Novel : Dia Bidadari Dari Syurga - Syamnuerizmil
Pelakon : Halim Radzi, Sharifah Husna, Julia Farhana, Dayana Roza, Shahkimin, Mahmud Ali Bashah, Syaffiq Sahli, Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Nora Lunia, Ady Fakhruddin, Nurul Iman

Dia Bidadari Dari Syurga (TV Okey) | Sinopsis Drama

Pelakon & Watak Drama Dia Bidadari Dari Syurga

  • Halim Radzi sebagai Naqib Zakuan
  • Sharifah Husna sebagai Marissa Aisya
  • Julia Farhana sebagai Maisarah
  • Shahkimin sebagai Ikhwan Radzi
  • Hafidz Roshdi sebagai Raff
  • Aryan Naim sebagai Riff
  • Nora Lunia sebagai Julia

Sinopsis Drama Dia Bidadari Dari Syurga

Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di syarikat bapanya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat, kerana hanya bapanya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia.

Malangnya di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat bapanya.

Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah, mula risau apabila telah berjanji dengan ibunya untuk membawa pulang kekasihnya. Untuk menyelamatkan keadaan ketika itu, Marissa terpaksa dijadikan kambing hitam untuk tidak mengecewakan ibu Zakuan.

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa akhirnya terpaksa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu kepada ibu Zakuan yang dia telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati kerana beliau telah jatuh hati kepada Marissa.

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya walaupun Marissa sudah mahu berkahwin?

Post a Comment

0 Comments