Biar Mereka Cemburu (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Biar Mereka Cemburu (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Biar Mereka Cemburu
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : MP Roslin Md Sharif
Penulis Skrip : Abdul Adzim Shahabudin, Ayuni Zamani, Baizura Kahar
Siaran : Astro Ria
Tayangan Asal : 1 Disember 2020
Episod : 15
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Rubini Sambanthan, Bella Dowanna, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan, Chiwan Chilok, Kamarul Zaman, Mili Supina, Shakila Saiful, Amanda Dewi Remaja, Farra Zainuddin, Muhammad Harminder, Nurin Jazlina

Biar Mereka Cemburu (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu

Tengku Eidil (Aiman Hakim Ridza) seorang pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya Marsha Gordon (Rubini Sambanthan). 

Nadia (Nabila Razali) bekerja sebagai penghantar makanan di sebuah kedai makanan milik kawan baiknya, Rostam (Izzat Mushtaq) dalam masa yang sama menyimpan impian untuk menjadi jurufoto profesional.

Takdir menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan ia terkena pada Nadia tanpa sengaja.

Nadia yang degil dan ceria pada luarannya sebenarnya menyimpan beban dan kesedihan yang hanya mampu dipendam kerana tertekan dengan kesibukan kerja demi mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarganya di kampung semenjak bapanya dipenjarakan angkara Nadia sendiri.

Eidil juga tidak kurangnya, keadaan di rumahnya berantakan kerana adik tirinya Fetri yang sering bermasalah. Fetri mencemburui dan berdendam dengan Eidil kerana dia juga mencintai Marsha pada masa yang sama.

Eidil mula mendekati Nadia kerana tertarik dengan perwatakannya. Sedikit sebanyak Eidil semakin banyak berubah ke arah yang lebih baik, seperti yang diharapkan oleh bapanya Tengku Alauddin.

Walaupun cuba untuk mengelak dari Eidil, Nadia terkejut apabila kursus fotografi yang dihadirinya rupanya diketuai oleh Eidil yang juga merupakan seorang jurufoto terkenal. 

Marsha semakin gilakan Eidil dan menyiasat hubungan Eidil dan Nadia. Manakala Rostam yang dalam diam menyimpan perasaan pada Nadia mula cemburu pada Eidil tapi dia mahu bersaing dengan Eidil secara adil untuk mendapatkan cinta Nadia.

Post a Comment

0 Comments