Anak Rimau The Movie | Sinopsis Filem

Anak Rimau The Movie | Sinopsis Filem

Filem : Anak Rimau The Movie
Produksi : Keeklr Films Sdn Bhd
Pengarah : Areel Abu Bakar
Tayangan : 1 September 2022
Durasi : 143 minit
Genre : Sukan, Drama, Aksi
OST/ Lagu Tema : 
Pelakon : Beto Kusyairy, Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi, Hanz Daniel Skelchy, Azhan Rani, Adam Corrie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal, Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli, Adam Shauki Asmady, Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam

Saksikan Filem Anak Rimau The Movie yang berlatarkan sukan bola sepak dengan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi dan ramai lagi di pawagam mulai 1 September 2022.

Anak Rimau The Movie diarahkan oleh Areel Abu Bakar di bawah terbitan Keeklr Films Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Anak Rimau The Movie | Sinopsis Filem

Sinopsis Filem Anak Rimau The Movie

Anak Rimau The Movie memaparkan kisah sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak.

Pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan pasukan, sebelum berfikir mengenai kemenangan. Keazaman dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN. 

Selain itu, filem ini juga menekankan kebaikan akan sentiasa datang kepada mereka beriman dan berani berpegang kepada kebaikan dalam diri dan orang lain seperti slogan Anak Rimau The Movie - ‘bola itu bulat’.

Post a Comment

2 Comments