Telefilem Air Mata Si Kudung (TV3)

Telefilem Air Mata Si Kudung (TV3)

Telefilem : Air Mata Si Kudung
Produksi : Hujan Lebat Sdn Bhd
Pengarah : Bade Hj Azmi
Penulis Skrip : ZH Emdee
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 13 Ogos 2022
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Fizo Omar, Nadiya Nisaa, Norlia Ghani, Mak Wan, Ben Laden, Putri Luvvna, Syafik Sahli

Saksikan telefilem Air Mata Si Kudung lakonan Fizo Omar dan Nadiya Nisaa pada hari sabtu pukul 10 malam di Cerekarama TV3.

Telefilem Air Mata Si Kudung (TV3)

Air Mata Si Kudung mengisahkan Sabri dan Seroja adalah dua beradik yatim piatu yang tinggal di pedalaman sebuah kampung. Malang tidak berbau apabila Sabri kehilangan kakinya akibat dibaham buaya ketika menjaring ikan di sungai manakala Seroja pula kehilangan tangannya. 

Setelah dewasa, Seroja dipinang oleh seorang doktor yang membuat rawatan di kampung itu. Demi kebahagiaan dan masa depan adiknya, Sabri merelakan walau dia berasa berat hati. Setelah setahun perkahwinan, Sabri langsung tidak dijenguk.Sabri sering teringatkan adiknya dan hatinya parah. 

Kehidupan Seroja berdama suaminya bahagia, tetapi ibu mertua Seroja membenci dan mengongkong kehidupan Seroja dan suaminya akibat daripada kecacatan tangannya. Bertahun Sabri menanti dan menangis meratapi ketiadaan Seroja. Sehinggalah suati hari, matanya jadi kabur akibat jangkitan kuman. Muncul Sam & Sally, anak-anak Seroja yang mencari Sabri kerana ibu bapa mereka terkorban dalam nahas jalanraya.

Post a Comment

0 Comments