Ash dan Aish (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Ash dan Aish (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Ash dan Aish
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Helmi Yusof
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 10 Ogos 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Siti Khadijah, Meerqeen, Nadhir Nasar, Anna Jobling, Asha Merican, Nada Nursyuhada, Norreen Iman, Jaja Iliyes, Andy Teh, Syahir Syafein, Idzham Ismail, Arash Mohd, Kuna Muzani, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson

Saksikan kisah percintaan fantasi antara seorang gadis kampung dan lelaki misteri yang menjalani kehidupan di 2 alam yang berbeza, merupakan drama terkini terbitan Astro Ria iaitu ‘Ash & Aish’ pada setiap hari isnin hingga khamis, pukul 10.00 malam bermula 10 Ogos 2022.

Siri percintaan fantasi yang dinanti-nantikan ini menampilkan gandingan baharu termasuk Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Nadhir Nasar dan juga Anna Jobling.


Ash dan Aish (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Ash dan Aish

Ash dan Aish diadaptasi novel Aish dan Ash karya Maya Adira mengisahkan Ash dan Aish yang ditakdirkan bertemu dengan tidak sengaja akhirnya membawa kepada perkahwinan kerana perasaan simpati dan ingin melindungi Aish. Ash yang penuh misteri dan hidupnya gemar membantu orang yang ada masalah.

Perkahwinan mereka pada awalnya agak kekok namun bibit-bibit percintaan kian berputik apabila Ash sering mengambil berat tentang Aish. Malangnya Ash ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma.

Sewaktu berada di hospital, Aish terkejut apabila dia boleh melihat Ash bangun dan bercakap seperti biasa. Namun apa yang dilihat ternyata hanyalah roh Ash sahaja. Keupayaan istimewa Aish yang boleh melihat roh manusia kembali setelah beberapa tahun terhenti. Oleh sebab itu, Ash bertekad untuk meminta Aish menolongnya sedar daripada koma.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sib baik leads bukannya Meerqeen & Anna Jobling...hehe..

    ReplyDelete