Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Tiada Maaf Buatmu
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip: Azilah Wahab, Intan Zarina Mohd Yasin
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 28 September 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 24
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Hafreez Adam, Sofia Dendroff, Josiah Hogan, Wan Raja, Watie Sadali, Haleeda, Jalaluddin Hassan, Hilal Azman

Saksikan drama Tiada Maaf Buatmu yang diadaptasi dari novel Maaf, Saya Tak Sengaja karya Akira Dorayaki pada setiap hari isnin hingga khamis pukul 10.00 malam, mulai 28 September 2022 di slot Megadrama Astro Ria.

Tiada Maaf Buatmu sebuah drama arahan Idora Abdul Rahman dan skrip ditulis oleh Azilah Wahab dan Intan Zarina Mohd Yasin yang menampilkan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sebagai teraju utama.


Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Pelakon & Watak Drama Tiada Maaf Buatmu

  • Faiz Iqbal - Aiman Hakim Ridza
  • Aina Cempaka - Zahirah MacWilson
  • Burn - Wan Raja
  • Mohsin - Hafreez Adam
  • Rashid - Josiah Hogan
  • Tan Sri - Datuk Jalaluddin Hassan
  • Puan Mariam - Watie Sadali
  • Suzy - Sofia Dendroff

Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu

‘Tiada Maaf Buatmu’ mengisahkan seorang gadis bernama Aina Cempaka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual lima tahun dahulu, akibat daripada kegagalan abangnya dalam melangsaikan hutang dengan Black, seorang pemilik kelab malam. Disebabkan kejadian itu, Aina Cempaka menjadi depresi selama berbulan-bulan. Dia berlari ke sebuah jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh ke bawah dan terhentak di permukaan batu. 

Kehilangan Aina Cempaka menghasilkan khabar angin bahawa dia membunuh diri dan sudah meninggal. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Aina Cempaka sebenarnya koma dan keguguran. Dia juga hilang kesemua ingatannya.

Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Selepas kejadian itu, Aina Cempaka pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan yang baharu dan tinggal bersama Suzy. Dia juga menerima tawaran untuk bekerja di Ibunda Corporation sebagai pembantu peribadi Faiz Iqbal. Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. 

Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri. Bukan itu sahaja, Aina Cempaka juga menjaga solatnya. Secara tidak langsung Faiz Iqbal semakin tertarik dengannya tanpa mengetahui hubungan kisah silam dan kaitan antara mereka berdua sebelum ini.

Tiada Maaf Buatmu (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing?

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments