Review Movie | Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

Review Movie | 3 Janda Melawan Dunia (2022)

Movie : Tiga Janda Melawan Dunia
Produksi : Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro, Six Fun Media
Pengarah : Hyrul Anuar
Siaran : Astro First
Tayangan : 19 Mei 2022
Durasi : 104 minit
Genre : Komedi, Aksi
Pelakon : Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi, Abbas Mahmood

Review Movie | Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

Tiga Janda Melawan Dunia mengisahkan tiga janda iaitu Midah (Khatijah Tan), Rohayu (Normah Damanhuri) dan Ani (Raja Azura) yang berkawan baik dan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini (Norman Hakim).

Apabila Aiman Zalini mengumumkan persaraan dan akan mengadakan konsert terakhirnya, mereka bertiga berjaya memenangi hadiah tiket percuma ke konsert Aiman Zalini malangnya tiket yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Midah, Rohayu dan Ani tidak mahu berputus asa jadi mereka mencari duit lebih untuk membeli tiket tersebut. Aiman Zalini punya tiket tu harga kayangan betul wei, walaupun masing-masing dah berusaha tapi tetap juga tak mampu nak kumpul lima belas ribu ringgit dalam masa terdekat.

Review Movie | Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

Daripada seorang budak muda jual vape di kampung mereka, mereka dapat idea untuk keluarkan sendiri flavour vape mereka dengan bantuan pembantu makmal sekolah, Fikri (Abbas Mahmood). perisa vape keluaran mereka laku keras sehingga berjaya membeli tiket konsert Aiman Zalini.

so ada la konflik yang berlaku sedikit kepada persahabatan mereka bertiga apabila Midah tak setuju ila tahu Rohayu pandai-pandai berjanji dengan Fikri kononnya dia merestui hubungan cinta Fikri dengan anaknya, Ana (Ellyza Azizi) sekiranya Fikri berjaya menghasil perisa vape untuk mereka.

tapi masalah paling besar adalah mereka tidak menyedari yang perniagaan vape mereka telah menganggu perniagaan ketua kartel dadah sebabnya perisa vape mereka mampu menghentikan ketagihan dadah.

berjayakah Midah, Rohayu dan Ani menghadiri konsert Aiman Zalini? adakah mereka berjaya menyelamatkan diri dari ancaman tokan dadah?

Review Movie | Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

sebenarnya plot cerita Tiga Janda Melawan Dunia sangat simple tapi dia punya idea dan komedi something yang sangat fresh sebab jarang tengok komedi macam ni dalam filem melayu. tak ada satu scene pun yang aku rasa bosan, dari awal sampai habis memang best.

cuma mula-mula tu aku tak berkenan sangat dengan Norman Hakim sebab tak minat sangat dia, tak faham kenapalah dia jadi penyanyi pujaan macik bertiga ni..tapi bila sampai kat penghujung barulah make sense kenapa Norman Hakim diberi watak Aiman Zalini..hahaha

satu lagi benda nak puji adalah lakonan daripada Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura. siapa cakap pelakon otai ni dah tak relevan. selalu dapat watak mak-mak memanglah sendu asyik repeat dialog yang sama je, tapi kalau diberi skrip yang bagus macam filem ni baru kita boleh nampak lakonan diorang masih lagi relevan.

so overall, lakonan yang mantap daripada semua barisan pelakon, skrip yang best dan jalan cerita yang menarik ditambah pula dengan cinematography yang mantap memang sis terhibur habis menonton Tiga Janda Melawan Dunia. 👏👏👏 Highly Recommend!

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Ramai review movie ni best. hehe tapi iena takde masa lagi pergi tengok hehe

    ReplyDelete