Selimut Merdeka (TV3) | Sinopsis Telefilem

Selimut Merdeka (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Selimut Merdeka
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah: Heykal Hanifah
Penulis Skrip: Mama Bella
Siaran : TV3
Tayangan : 22 Ogos 2022
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon: Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Shahz Jaszle, Riz Amin, Wan Sharmila, Nurqistina Raishah, Fizz Fairuz, Faezah Elai, Ben Laden, Faiz Faitullah

Saksikan telefilem Selimut Merdeka sempena hari kemerdekaan ini pada 22 Ogos 2022, hari sabtu pukul 10.00 malam di Cerekarama TV3.

Selimut Merdeka sebuah telefilem arahan Heykal Hanifah dan skrip ditulis oleh Mama Bella dengan menampilkan barisan pelakon popular seperti Dato Ahmad Tamimi, Shahz Jaszle, Wan Sharmila, Fizz Fairuz, Riz Amin dan ramai lagi.

Selimut Merdeka (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Selimut Merdeka

Pak Merdeka yang memilih untuk tinggal bersama anaknya Zaki yang telah berumah tangga walaupun puas Azim memujuk bapanya tinggal bersamanya.

Sejak dari kecil, Azim cuba untuk memenangi hati Pak Merdeka walaupun dia cuma anak angkat, dia ikhlas sayangkan Pak Merdeka namun Pak Merdeka tetap berkeras untuk tidak mahu tinggal bersamany dengan memberi pelbagai alasan.

Malangnya kehadiran Pak Merdeka di rumah anaknya sendiri tidak disenangi oleh isteri Zaki iaitu Sarah. Sarah rimas melihat Pak Merdeka sering membawa bendera yang digelar Selimut Merdeka dan tak habis bercerita betapa bangganya beliau menjadi anak Merdeka kerana dilahirkan pada hari kemerdekaan.  Bagi Sarah, perangai Pak Merdeka menjengkelkan.

Post a Comment

1 Comments