Review Movie | Purple Hearts (2022)

Review Movie | Purple Hearts (2022)

Title : Purple Hearts
Director : Elizabeth Allen Rosenbaum
Screenwriter : Kyle Jarrow, Liz W. Garcia
Network : Netflix
Release Date : 29 July 2022
Duration : 120 minutes
Cast : Sofia Carson, Nicholas Galitzine, Chosen Jacobs, Linden Ashby, Scott Deckert, Breana Raquel

Review Movie | Purple Hearts (2022)

Purple Hearts mengisahkan Cassie (Sofia Carson), singer-songwriter yang menderita diabetes type 1 pada usia yang muda. Cassie struggle sebagai penyanyi dengan band dia, dalam masa yang sama menjadi pelayan bar tapi gajinya tak pernah cukup sebab duitnya banyak dihabiskan untuk membeli insulin.

suatu hari, Cassie yang terdesak dapat idea gila meminta kawan baiknya, Frankie (Chosen Jacob) yang bekerja sebagai tentera marin berkahwin dengannya sebab tentera ada cover insurans kesihatan. Frankie tak setuju sebab sudah ada kekasih tambahan lagi dia tak nak ambil risiko kalau perkahwinan palsu mereka kantoi dengan pihak atasan.

Luke (Nicholas Galitzine) yang juga satu pasukan dengan Frankie memerlukan duit untuk membayar hutangnya. Apabila terdengar cadangan Cassie, dia buat perjanjian dengan Cassie untuk kahwin kontrak. Pampasan yang mereka dapat kelak akan dibahagikan sama rata tapi Luke berahsia tujuan sebenarnya.

Review Movie | Purple Hearts (2022)

Perkahwinan terjadi sangat mendadak, baru kenal terus kahwin dan keesokannya Luke dihantar bertugas ke Iraq. Mereka kena berlakon seperti pasangan bercinta supaya perkahwinan tersebut nampak real sebab tak nak syak mereka kahwin kontrak.

Mengikut perjanjian, Luka dan Cassie akan bercerai sebaik sahaja Luke kembali dari medan perang malangnya Luke kembali dengan kecederaan di kaki jadi mereka terpaksa melanjutkan tempoh perkahwinan tersebut.

Semasa dalam pemulihan, mereka tinggal serumah dan sebenarnya sudah saling jatuh cinta cuma Cassie skeptikal dengan kaum adam so dia selalu deny perasaan dia pada Luke.

Review Movie | Purple Hearts (2022)

ramai yang cakap filem ni sedih maybe aku ni hati kering kot tak rasa filem ni sedih mana pun dan adakalanya menyampah juga dengan perangai annoying Cassie. Dari awal lagi semuanya sekadar lakonan, bila Luke cedera terpaksa tinggal serumah tak habis dia nak meradang padahal Luke tak minta pun keadaan tersebut terjadi plus dia tak mengharapkan Cassie untuk jaga dia.

Sepatutnya Cassie cakap terima kasih dan terhutang budi pada Luke sebab jadi smber ilham dia mencipta lagu sehingga karier band dia makin naik kerana lagu yang Cassie cipta semasa Luke di medan perang. bila tahu pasal hutang Luke, dah kenapa nak mengamuk padahal dari awal lagi dah tahu masing-masing kahwin sebab nak dapat benefit.

So overall, jalan cerita dia agak predictable dan slow sampai aku guna speed paling laju untuk habiskan movie ni. tapi not bad la untuk tengok santai-santai.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. Ala.. baru nak feeling-feeling tapi lepas baca review cam tak best je.. cancellah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je citer dia kak sha, bolehlah nak layan time bosan..hehe

      Delete