Review Drama: Remang - Pak Cik Tumpang

Review Drama: Remang - Pak Cik Tumpang

Drama : Remang
Produksi : Anomali Media Sdn Bhd
Pengarah : Khairul Rizam
Penulis Skrip : Sofia J Ryhland, Adza Irdawati, Intan Zarina
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 1 Ogos 2022
Episod : 12
Durasi : 40 minit
Pelakon : Syafie Naswip, Iman Suhana, Aween Ismail, Adam Corrie Lee, Habeb, Hatta Salam, Adam Darwisyah

Review Drama | Remang - Pak Cik Tumpang (Episod 2)

Drama Remang mengisahkan DJ Ejay (Syafie Naswip) yang mengendalikan segmen terbaru di stesen radio bertajuk Remang Malam. Selepas mendapat sambutan daripada pendengar dan media sosial, DJ Ejay mendapat arahan daripada penerbit untuk meneruskan segmen tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.

Kali ini Ejay mendapat panggilan telefon daripada Linda yang berkongsi cerita seram yang berlaku kepada kawannya.


Review Drama: Remang - Pak Cik Tumpang

Episod 2 - Pak Cik Tumpang membawakan kisah Nur (Iman) yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya bersama adiknya Elin (Aween Ismail). Mereka menggunakan aplikasi gps untuk mencari jalan alternatif lain yang membawa mereka ke satu jalan sunyi dan berkabus.

Nur yang terlihat seorang pakcik berjalan dalam gelap berasa kesian lalu menumpangkan pak cik tersebut yang bernama Hassan (Adam Corrie).

Elin yang terjaga dari tidur mula rasa tak sedap hati melihat Nur berbual dengan pakcik Hassan. Elin cuba memberitahu yang lelaki tersebut tidak wujud tapi Nur memarahi Elin kerana bersikap kurang ajar kepada orang tua.

Review Drama: Remang - Pak Cik Tumpang

Sebaik sahaja sampai di rumah, Nur mula diganggu dan meracau tidak sedarkan diri. Elin bertindak menghubungi tunang Nur, Hakimi (Habeb) untuk melihat keadaan Nur.

Hal ini terjadi kerana sikap Nur yang suka pulang di waktu maghrib dan tidak menjaga adab dan percakapannya juga. dan tersingkap juga kisah yang berlaku lima tahun lepas yang berlaku kepada pacik Hassan.

Episod kali ini bagi aku tak berapa seram sangat sebab kisah yang selalu kita dengar dan banyak dikongsikan tapi masih ada pengajaran yang cuba disampaikan kepada penonton.

Post a Comment

0 Comments