Review Drama: Remang (TV3) - Dendam Saka

Review Drama: Remang (TV3)

Drama : Remang
Produksi : Anomali Media Sdn Bhd
Pengarah : Khairul Rizam
Penulis Skrip : Sofia J Ryhland, Adza Irdawati, Intan Zarina
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 1 Ogos 2022
Masa : Isnin | 11.00 Malam
Episod : 12
Lagu Tema/OST : Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama - Makuta
Pelakon : Syafie Naswip, Emma Maembong, Azrel Ismail, Iman Suhana, Aween Ismail, Adam Corrie, Wanns Ahmad, Chacha Maembong, Wafariena, Fiza Halim, Zoey Rahman, Natasha Elyzza, Erul Samah, Saidah Kamarudin, Angeline Tan, Hasnul Rahmat, Shazia Rozaini

Saksikan Drama Remang di slot terbaru Tonton Malam Seram yang mula ditayangkan pada 1 Ogos 2022, setiap hari isnin pukul 11 malam di TV3.


Drama Remang mengisahkan DJ Ejay (Syafie Naswip) yang mengendalikan segmen radio bertajuk Remang jadi dari situ dia menerima panggilan telefon daripada pendengar yang berkongsi cerita seram mereka dalam segmen tersebut.

Watak utama dalam Remang adalah Syafie Naswip, setiap episod pula membawakan kisah seram yang berlainan dan pelakon berbeza. Dalam drama bersiri 12 episod banyaklah kisah seram yang akan dikongsi kepada penonton.


Review Drama: Remang (TV3)

Episod 1 Drama Remang membawakan kisah Dendam Saka mengisahkan Jen (Emma Maembong) menyewa sebuah vila untuk menyambut ulangtahun perkahwinan dan memberikan kejutan kepada suaminya, Daniel (Azrel Ismail).

Dari awal lagi Daniel tak sedap hati tinggal di rumah tersebut tapi bila isterinya bersusah payah merancang kejutan untuknya, dia pun ikutkan sahaja kehendak isterinya.

sejak dari malam pertama ada benda yang mengganggu Jen dan selepas itu, Jen dirasuk oleh saka yang ada dalam rumah tu. Daniel yang buntu meminta bantuan dari Ustaz Wadi (Jeri Ariffin) yang tinggal berdekatan villa tersebut.

Drama Remang (TV3) | Episod 1 - Dendam Saka

Dari situ terbongkar kisah tentang pemilik villa tersebut yang bernama Safea dan saka yang ada pada Safea ini cuba membalas dendam kepada seseorang. nak tahu pengakhiran episod Dendam Saka, korang bolehlah tengok sendiri drama Remang.

elemen seram  dalam drama ni agak bagus dengan tone color dan lighting yang cantik, suara latar pun boleh bikin meremang tengok drama ni tengah malam. cumanya bila hantu tu merasuk ke dalam badan Jen, sis tak faham kenapa nak kena buat aksi akrobatik macam Ju On, over tau scene tu.

overall, walaupun first episod ni dari awal lagi dah boleh teka yang Daniel ada kena mengena dengan villa tersebut still menarik jalan ceritanya untuk ditonton dan ada pengajaran yang cuba disampaikan kepada penonton.

Nak tahu apa lagi kisah seram yang berlaku seterusnya, boleh menonton drama Remang di TV3.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments