Review Drama | Murder By Moonlight (Astro Citra)


Drama : Murder By Moonlight
Produksi : IIron Hill Media Sdn Bhd, Passion Pictures
Pengarah : Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap, Tony Pietra Arjuna
Idea Asal : Mien.ly & Bani Hamid
Penulis Skrip : Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan & Ashraf Modee Zain
Siaran : Astro Citra 108
Mula Tayangan : 1 Ogos 2022
Episod : 8
Durasi : 45 minutes
Genre : Misteri, Jenayah, Komedi
Pelakon : Sara Ali, Wan Hanafi Su, Riz Amin, Radhi Khalid, Hana Nadira, Ruzana Ibrahim, Thanuja Ananthan, Sharifah Amani, Tiara Anchant, Amanda Ang, Brian Chan, Amir Ameezan

Astro menerusi jenama Astro Originals mempersembahkan sebuah lagi drama siri premium berjudul Murder By Moonlight dengan menampilkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit” dengan kisah penyiasatan dengan elemen komedi dan lebih menarik iaitu detektif ‘wannabe’ dan digerakkan oleh watak wanita.


Murder By Moonlight mengisahkan Ameera (Sara Ali) yang bekerja di Hotel Cahaya Bulan yang terletak di sebuah pulau terpencil. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dikenakan ke seluruh negara, Hotel Cahaya Bulan tidak mempunyai staf yang cukup untuk menguruskan kekalutan yang berlaku.

Datuk K (Radhi Khalid) mengarahkan Ameera untuk memegang jawatan pengurus sementara bersama tiga orang lagi staf iaitu Che Jit (Riz Amin), Afie (Hana Nadira) dan Ali (Amir Ameezan) terpaksa bertugas melayan tetamu hotel yang masih lagi menginap di situ sepanjang PKP.

Tidak sampai sehari Ameera mengambil alih jawatan pengurus, berlaku pembunuhan Tuan Osman iaitu penulis novel crime thriller. Mereka terperangkap di situ dan Ameera percaya terdapat pembunuh di antara kita tapi persoalannya siapa. Ameera cuba menyiasat dan menyelesaikan misteri pembunuhan Tuan Osman.


Ameera merupakan peminat novel Tuan Osman dan hubungan mereka sangat rapat memandangkan Tuan Osman selalu menginap di situ apabila dia menulis novel terbaru dan berkongsi hobi yang sama iaitu suka cerita thriller dan misteri. 

pada malam tersebut Tuan Osman mahu memberitahu sesuatu tetapi tidak sempat disampaikan pada Ameera alih-alih keesokannya harinya, Ameera jumpa Tuan Osman sudah tidak bernyawa di biliknya.

Polis percaya tiada unsur jenayah dalam kematian Tuan Osman namun Ameera curiga apabila penghuni yang tinggal di situ tidak bercakap benar dan seperti menyembunyikan sesuatu semasa disoal siasat oleh pihak polis.


Masing-masing mempunyai motif tersendiri dalam kematian Tuan Osman. Datuk K misalnya tidak suka Tuan Osman menginap di situ secara percuma dan tidak memberikan sebarang keuntungan atau mempromosikan Hotel Cahaya Bulan dalam novel tulisannya.

Datuk K juga seorang mata keranjang walaupun sedang bercuti dengan isteri ketiganya, Datin Saloma (Ruzana Ibrahim).  Datin Saloma mempunyai cita-cita menjadi penulis setanding Tuan Osman tapi mula berdendam apabila Tuan Osman menolak hasil tulisannya.

Selain itu Dr Sangeetha (Thanuja Ananthan) tetamu di situ yang tidak mesra dan gemar membuat complain. Dr Sangeetha bergaduh dengan Tuan Osman pada malam kejadian kerana Tuan Osman telah menjatuh imej dan kerjayanya dalam novelnya.


Bella (Sharifah Amani) dan Julia (Tiara Anchant) merupakan kawan baik tapi boleh nampak hubungan mereka sangat awkward. mereka bercuti ke situ selepas melakukan jenyah, keadaan mereka bertambah panik selepas beg mereka tertukar dengan Tuan Osman. Walau apapun yang berlaku mereka mesti mendapatkan kembali beg milik mereka.

Manakala Ben (Brian Chang) dan Mindy (Amanda Ang) pula adalah pasangan kekasih. Mindy seorang influencer dan mahu menggunakan pembunuhan Tuan Osman untuk meraih tontonan yang tinggi di youtube miliknya. Ben sangat mencintai Mindy tapi mula keliru adakah hubungan mereka sekadar wayang di depan kamera.

Review Drama | Murder By Moonlight (Astro Citra)

Satu demi satu klu diperoleh Ameera untuk mengaitkan kematian Tuan Osman adalah satu pembunuhan. Afie cuba membantu Ameera dalam siasatan, Ali pula percaya penunggu pulau tersebut sudah bangkit tapi Chef Jit tidak suka melihat Ameera menyiasat kes tersebut.

Dalam episod awal, nampak yang Chef Jit bersubahat dalam pembunuhan tersebut tapi siapakah sebenarnya pembunuh Tuan Osman dan apakah motifnya? Adakah kematian Tuan Osman adalah satu misteri yang diaturkan oleh dirinya sendiri? 

1 Pulau, 12 suspek dan satu kematian. Berjayakah Ameera menyelesaikan misteri pembunuhan tersebut? Saksikan kesudahannya dalam Murder By Moonlight di Astro Citra.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments