Sinopsis Drama | Dukun Diva (Astro Citra)


Drama : Dukun Diva
Produksi : Act Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Idea Asal : Alfie Palermo
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 6 Disember 2021
Episod : 8
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Adlin Aman Ramlie, Aloy Paradoks, Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot, Dee Al Hadi


Astro Original sekali lagi membawa drama bersiri terbaru, Dukun Diva yang mengangkat kisah female con artist dan anti heroes mengisahkan Rubiah Samsudin (Nadia Aqilah) yang lebih dkenali sebagai Che Yah, seorang pelakon baru terkenal dengan drama Bomohku Sayangku pada awal tahun 2000.

Namun kerana perangai berlagak diva dan lupa diri menyebabkan watak Che Yah diambil alih oleh seorang lagi pendatang baru bernama Juliana Evan. Sejak itu, tiada siapa mahu bekerja dengan Che Yah menyebabkan dia terpaksa menghilangkan diri dari dunia hiburan.

bertahun selepas itu, Che Yah bekerja di sebuah kelab malam dan hidupnya dikelilingi hutang. Suatu hari, Che Yah mendapat tahu kakaknya telah meninggal dunia dan terpaksa menjaga anak buahnya, Lola (Eyka Farhana) seorang remaja yang bermasalah.

Hubungan Che Yah dan Lola agak tegang namun mereka terpaksa bersatu mencari jalan membayar hutang Along (Fadhli Masoot) atau nyawa mereka menjadi taruhan. dengan idea Lola, Che Yah mendapat ilham untuk menyamar sebagai dukun. mangsa pertama mereka adalah jutawan terkenal, Dato DD (Emelda Rosemila) dan ganjaran yang bakal mereka terima sangat lumayan.

Adakah Che Yah dan Lola berjaya memperdayakan mangsa mereka dengan menyamar sebagai Dukun Diva? ...‘They Put The Sham In Shaman’.


Lagu Tema OST Dukun Diva:
  • Wani Kyrie - Jangan Terlepas Pandang

Post a Comment

4 Comments

  1. tengok trailer haritu macam not bad gak. nak try tengok lah nanti

    ReplyDelete
  2. Ceritanya menarik. Ada komedi dan rasa nak tahu apa yang berlaku nanti. Belum sempat tengok lagi. Lately banyak cerita baru lepas pkp kan. Kalau tidak ulang siar memanjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah banyak baru sekarang ni sampai tak sempat nak tengok. tapi drama ni best, first episode dah tergelak tengok perangai temberang Che Yah dgn Lola..hahaha

      Delete
    2. Baru layan episode 1. Best best. Nanti boleh sambung tengok.

      Delete