Telefilem Nur 3 Pagi di TV3

Nur 3 Pagi

Telefilem : Nur 3 Pagi
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Mama Bella
Siaran : TV3
Tayangan : 30 Julai 2022
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Azira Shafinaz, Syafiq Kyle, Abdul Rashid Jaafar, Khadijah Tan, Rahim Jailani, Kamal Sumbu

Saksikan Telefilem Nur 3 Pagi lakonan Azira Shafinaz dan Syafiq Kyle pada hari sabtu pukul 10.00 malam di Cerekarama TV3.

Nur 3 Pagi

Nur 3 Pagi mengisahkan Nur Jannah dan ibu bapanya telah berpindah ke kampung halaman setelah lama menetap di ibu kota dan kemudian berkenalan dengan Fariz. Tidak lama kemudian, Nur dan Fariz bertunang.

Sebelum perkahwinannya, Nur sering terjaga tepat pada pukul 3 pagi dan Fariz menasihatinya supaya menunaikan solat tahajud dan berselawat. Suatu hari, Fariz ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan berjumpa Nur. selepas itu, Nur masih terjaga pada pukul 3 pagi dan tidak dapat melelapkan mata.

Nur telah mencoretkan kisahnya dalam blog yang diberi nama Nur 3 Pagi. Kisah dalam blog tersebut sampai ke bacaan Abdul Hayy, rupa-rupanya Abdul Hayy adalah ayah kandung Nur.

Abdul Hayy telah berjumpa dengan Nur dan keluarga angkatnya untuk menceritakan kisahnya. dan terbongkar kebenaran bahawa Fariz itu merupakan saudara susuan Nur. Adakah Nur dapat menerima dengan kesemua infomasi baharu tentang dirinya sendiri?

Post a Comment

0 Comments