Kampung Drift (TV2) | Sinopsis Filem

Kampung Drift (TV2) | Sinopsis Filem

Filem : Kampung Drift
Produksi : Mico Studios
Pengarah : Nevin Hiong
Siaran : TV2
Tayangan : 23 Julai 2022
Masa : Sabtu | 10.30 Malam
Pelakon : Pekin Ibrahim, Syafie Naswip, Fatin Afeefa, Pablo Amirul, Zalfa Zin, Syazwan Yunos, Chen Sin Foo, Esma Daniel, Kamarol Haji Yusuf, Ieda Moin

Kampung Drift (TV2) | Sinopsis Filem

Saksikan Kampung Drift sebuah filem yang bertemakan aksi komedi dan sains fiksyen yang ditayangkan pada 23 Julai 2022, hari sabtu pukul 10.30 malam di TV2.

Filem Kampung Drift diterbitkan oleh Mico Studios pada tahun 2016 di bawah arahan sutradara Nevin Hiong, menampilkan barisan pelakon utama seperti Pekin Ibrahim sebagai Acai, Syafie Naswip sebagai Johan, Fatin Afeefa sebagai Julia dan Pablo Amirul sebagai Ray.

Kampung Drift (TV2) | Sinopsis Filem

Sinopsis Filem Kampung Drift

Johan mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya. walaupun ditentang oleh ayahnya namun namun minat Johan tidak pernah pudar untuk menyertai sukan drift.

Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur. Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. 

Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. Berjayakah dia? Semuanya bakal terjawab dalam Kampung Drift.

Post a Comment

0 Comments