Review Telefilem | Tersimpang Ke Alam Bunian (2020)


Telefilem : Tersimpang Ke Alam Bunian
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Naza Manas
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 28 November 2020
Durasi : 1 jam 36 minit
Pelakon : Farid Kamil, Amerul Affendi, Shahidan Izwan, Zack Zabhas, Hana Ameera, Sri Idrina, Naza Manas


Tersimpang Ke Alam Bunian sebuah misteri seram yang diinspirasi dari kisah benar mengisahkan Duan (Farid Kamil) dan Isa (Amerul Affendi) yang bekerja sebagai badut dan penghibur, ditemani kawan mereka Lan (Shahidan Izwan) telah pergi ke Gopeng untuk membuat persembahan majlis hari jadi client mereka.

Masing-masing mempunyai masalah tersendiri seperti Duan yang mempunyai masalah dengan keluarganya, Isa pula sukar mengawal perangai adik perempuannya manakala Lan menjadi penganggur selepas dibuang kerja.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur mereka telah tersesat di satu simpang yang sama sehinggalah terjumpa dengan Aduka (Zack Zabhas) dan Seroja (Hana Ameera) yang mempelawa Duan, Isa dan Lan untuk bermalam di rumah mereka sebelum menyambung perjalanan keesokan harinya.


Dalam filem seram mesti ada seorang kawan yang suka buat masalah. Dari awal lagi dah boleh nampak ada benda tak kena dengan Lan, bila dia maki jemaah surau melintas kat jalan gelap tu aishh rasa nak plaster je mulut dia. dah masuk tempat orang tak reti jaga adab maybe itu salah satu asbab kot mereka tersesat ke alam bunian.

waktu pertama kali terjumpa Seroja pun dah boleh nampak dia ada niat tak betul. itu belum lagi Aduka tegur dari mana datang berempat ni padahal mereka bertiga. time ni seram sebab tiba-tiba nampak hantu kat sebelah Lan.

yang peliknya hantu tu cuma menempel dekat si Lan so dah boleh agak yang budak ni pembawa masalah.


tak tahulah kalau Duan ada keistimewaan tapi dari awal lagi dia rasa ada benda mengikut dan nampak hantu tu. memang seram scene tapi kelakar pula bila tengok Duan cuak, orang tengah stress nampak benda tu yang member lagi dua boleh sedap tidur. tapi Duan kira hebat la juga boleh lagi handle keadaan dan baca apa yang patut.

kalau ikut plan Duan dan Isa nak terus keluar dari pada keesokan harinya tapi van mereka pula rosak menyebabkan mereka tiada pilihan terpaksa bermalam di situ lagi. Duan kemudiannya terjumpa seorang lelaki misteri bernama Asan (Naza Mahas) yang memberi amaran kepada Duan untuk segera keluar dari situ dan dia akan cuba menolong Duan.


Isa dan Duan mempunyai perwatakan yang baik dan mereka juga berkawan rapat tapi waktu tinggal di situ terjadi konflik antara mereka berdua apabila Lan menjadi batu api.

sebenarnya dari awal Lan ada niat tak baik pada Seroja. Lan tahu yang Isa sudah jatuh hati pada Seroja. bila Seroja tak layan dia,  Lan tahulah yang Seroja ada hati juga kat Isa. dan kerana niat jahat Lan juga yang menyebabkan mereka bertiga terperangkap di situ.

Persoalannya apa rahsia Lan? Berjayakah Duan, Isa dan Lan keluar dari tempat tersebut?


Tersimpang Ke Alam Bunian agak menariknya juga dari segi jalan cerita dan juga pelakon utmanya. elemen seram dalam filem ni juga agak bagus cuma lighting je yang problem sampai ada scene yang tak nampak muka pelakon.

bagi aku kat penghujung cerita tu memang best sebab mula-mula tu rasa macam pelik bila hidup mereka nampak bahagia sangat rupanya ada plot twist. so overall, nice story.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments