Review Drama | Melur Untuk Firdaus (2022)

Melur Untuk Firdaus

Drama : Melur Untuk Firdaus
Produksi : A-Ten Alliance Sdn Bhd
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hasan
Siaran : TV3/Disney+Hotstar
Mula Tayangan : 27 Mei 2022
Episod : 28
Pelakon : Anna Jobling, Meerqeen, Fimie Don, Nisa Idrus, Kuna Muzani, Azhar Amir, Hani Nazrina, Hairi Safwan, Taib Zamannuri, Zainol Ismail

Melur Untuk Firdaus

bukan kemain trending drama Melur Untuk Firdaus, aku pun terjebak juga melayan drama ni malam-malam..haha

Melur Untuk Firdaus diadaptasi dari novel My Rude Wife karya CikNorCinta mengisah Firdaus (Meerqeen) dan Dee (Nisa Idrus) yang bercinta hampir 7 tahun tapi tiada tanda-tanda untuk berkahwin bila Dee tak habis beri alasan mahu fokus pada kerjayanya. 

Ibu bapa Firdaus, Haji Nasarudin (Zainol Ismail) dan Rohana (Haleeda) memberi dua pilihan kepada Firdaus sama ada berkahwin dengan Dee atau terima gadis pilihan mereka.

Firdaus makin terdesak merayu Dee untuk berkahwin malangnya Dee berkeras menolak lamaran Firdaus. so apalagi pilihan yang Firdaus ada.

Melur Untuk Firdaus

Dari awal perkahwinan Firdaus berterus-terang kepada Melur (Anna Jobling) yang dia mempunyai kekasih dan cinta mati sama Dee. Melur menerima kenyataan tersebut dengan syarat Firdaus mengikut 7 syarat yang ditetapkannya antaranya nama panggilan, jadi imam solat dan mostly syarat ni Melur buat supaya Firdaus luangkan masa bersamanya.

Firdaus terpaksa bersetuju dengan syarat Melur untuk terus berhubungan dengan Dee kalau tidak Melur tak teragak untuk memberitahu Haji Nasarudin yang begitu tegas dengan anak-anaknya.

Melur Untuk Firdaus

Pengenalan episod agak membosankan tapi maybe dari awal lagi pengarah nak bagi hint sebab dari awal dah boleh nampak yang Melur ada masalah kesihatan mental berkaitan depression atau skizo maybe sebab dia selalu borak dengan Maya yang entah wujud atau tidak. 

kiranya Firdaus tu membawa sinar baharu dalam hidupnya dari terus hanyut dalam dunianya tapi apakan daya Firdaus tak suka dia. but well dengan perangai Melur yang selamba dan tak putus asa nak mengorat suami sendiri, tunggu masa je lah Firdaus nak sedar mana kaca mana permata.

tak tahulah buta ke apa Firdaus dapat isteri cantik yang perfect macam Melur pun masih lagi nak setia dengan Dee senget yang belakang main kayu tiga.

Melur Untuk Firdaus

kalau awalnya Dee berkeras tak nak kahwin tapi selepas dapat tahu yang Firdaus sudah berkahwin terus meroyan. itulah menyesal kemudian tak guna. konon buat plan nak rampas balik kekasih hati, nak sakitkan hati Melur tapi dia pula yang terbakar tengok Melur dengan Firdaus.

lain pula dengan kawan baik Melur, Haris (Fimie Don) yang sudah lama menyimpan perasaan pada Melur tup-tup dapat tahu Melur kahwin dengan orang lain. watak Haris ni sis tak tahu jahat ke baik, siapa yang dah baca novel dia boleh bagitau..hehe

Melur Untuk Firdaus

sebenarnya jalan cerita Melur Untuk Firdaus lebih kurang dengan drama kahwin paksa yang lain tapi yang menarik bila peranan watak utama dah bertukar tempat, kalau sebelum ini heroin yang jual mahal tapi dalam drama ni, Firdaus yang jual mahal dan Melur pula kemain gigih mengejar Firdaus.

antara yang buat drama Melur Untuk Firdaus popular maybe sebab gandingan muka baru Anna Jobling dan Meerqeen so nampak fresh sikit kalau tidak bosan juga asyik menghadap pelakon yang sama kat tv dan ada keserasian di antara mereka.

Meerqeen ni cukup pakej tapi still lakonan dia perlu improve lagi sebab mostly ekspresi muka dia membosankan aku dan dialog kadang nampak kaku. tak boleh nafikan lakonan Anna Jobling sebenarnya agak bagus dan banyak menyelamatkan keadaan. sebenarnya watak Melur yang banyak buat aku terhibur dengan pickupline dan perangai dia yang selamba.

Melur Untuk Firdaus

tak pelik pun kalau drama Malaysia ada pengikutnya tersendiri dari luar negara sebab pernah nampak orang request subtitle bila TV3 letak drama mereka kat youtube dulu cuma tak ada yang viral  macam drama Melur Untuk Firdaus. so tahniah kepada team produksi sebab Melur Untuk Firdaus berjaya trending sampai ke negara luar.

overall, plot dan jalan cerita Melur Untuk Firdaus tak ada yang baru dan unik tapi masih lagi menarik untuk ditonton sebab gandingan Meerqeen dan Anna Jobling. permulaan cerita menarik dengan gelagat Melur tapi masuk pertengahan dah jemu dengan perangai orang ketiga dan si Firdaus yang tak reti nak hargai isteri sendiri.

Post a Comment

3 Comments

  1. kat PBAKL hari tu rasa nak ambil jer novel My Rude Wife ni tapi letak balik..mcm x de feel nak beli novel Melayu tajuk English ni...tapi mana tau kot tetiba beli online kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe la kak, kita layan drama dia je lah..hehe

      Delete