Review Drama | To Have & To Hold (TV3)


Title : To Have & To Hold
Director : Don Michael Perez
Screenwriter : Suzette Doctolero, Denoy Navarro-Punio, Anna Aleta-Nadela, John Borgy Danao
Network : GMA Network
Aired : 27 September - 17 December 2021
Episodes : 60
Duration : 30 minutes
Pelakon : Carla Abellana, Rocco Nacino, Max Collins, Roi Vinzon, Ina Feleo, Valeen Montenegro, Bing Pimentel, Gilleth Sandico, Luis Hontiveros

Drama To Have & To Hold tengah ditayangkan di TV3, aku pun terjebak juga tengok drama ni petang-petang sebab best juga cerita ni di dari drama Legal Wives yang bawa isu poligami.


To Have & To Hold mengisahkan Gavin (Rocco Nacino) dan Dominique (Max Collin) yang berkahwin atas dasar cinta tapi selepas lima tahun, rumah tangga mula dilanda masalah. Gavin terlalu sibuk dengan restorannya dan Dom pula merasakan kesunyian apabila Gavin jarang meluangkan masa bersamanya, mulalah terjadi pertengkaran antara mereka bila Dom tak faham masalah yang tengah dihadapi Gavi.

Pada masa ini, restoran Gavin yang diusahakan bersama kawan baiknya, Sofia mempunyai masalah jadi Gavin sibuk dengan kerja renovate dan idea untuk memajukan perniagaannya. Dom pula yang bekerja sebagai interior designer berkenalan dengan Tony yang menjadi client dia kemudiannya mereka menjalinkan hubungan sulit.


Suatu hari, Gavin dapat berita Dom cedera parah ditembak oleh perompak ketika outstation. time ni Gavin confius juga bila polis beritahu mereka jumpa Dom dengan lelaki lain yang turut cedera parah dalam rumah tersebut.

Gavin susah nak percaya isteri yang dicintainya telah curang. polis pula tanya macam-macam kat Gavin sebab mereka syak Gavin hantar orang bunuh isteri sendiri sebab curang padahal kawan tu clueless dengan apa yang berlaku.

Sehinggalah pihak polis tunjuk cctv Dom tengah bermesraan dengan Tony. time ni hancur giler si Gavin, dia puny frust tu hampir saja nak bunuh Dom yang sedang koma. Semasa Dom terlantar koma di hospital, Gavin menyibukkan diri dengan hal restorannya.


Tony mempunyai isteri bernama Erica (Carla Abellana), Erica tak terkejut sangat dengan berita tersebut sebab Tony ni dah banyak kali buat hal. mula-mula aku tak suka juga dengan watak Erica ni sebab nampak bimbo, dah kena tipu hidup-hidup pun masih lagi bertahan pastu masih lagi boleh maafkan suaminya sebelum meninggal dunia.

tapi watak Erica berkembang dengan baik, nampak lebih confident. daripada duduk rumah kena tipu dengan suami, Erica bangkit cari sumber pendapatan dengan menjual pastri dan kek sebab suaminya yang konon kaya tu sebenarnya banyak tinggal hutang. 

waktu ni dia berkenalan dengan Sofia yang suka dengan kek dan pastri buatan Erica kemudian baru dia tahu yang partner Sofia adalah Gavin. Erica kemudiannya bekerjasama dengan Sofia dan Gavin dengan membekalkan kek buatannya kepada restoran mereka.


Mula-mula Gavin tak boleh terima kenyataan lepas tu habis semua orang jadi mangsa kemarahannya, bila tahu Sofia nak bekerjasama dengan Erica pun dia bangkang sebab Gavin dah tahu siapa Erica, mereka pernah jumpa di hospital.

So Erica pun sound Gavin balik cakap Gavin ada hak nak marah dan frust dengan Dom tapi jangan lepas kat semua orang plus Erica pun mangsa keadaan juga.

so start dari situ, Gavin dan Erica mula berkawan baik. boleh bersembang dan berkongsi masalah mengenai hal peribadi dan kerja.


tak lama kemudian Dom sedar dari koma pastu hilang ingatan tapi lepas ingat dia pernah curang dengan Tony terus rasa menyesal. orang cakap menyesal kemudian pun tak guna sebab macam mana Dom berusaha keras untuk dapatkan balik cinta Gavin, Gavin tetap susah nak terima dia balik.

bukan Gavin tak cuba, dia dah cuba terima Dom balik tapi setiap kali tengok muka Dom terus dia akan teringat perbuatan curang isterinya dan terus kawan jadi baran.


konflik drama To Have & To Hold jadi makin menarik apabila Gavin banyak menjauhkan diri, Dom mula rasa insecure sampai boleh fikir Gavin ada hubungan dengan Sofia. Sofia ni pun satu hal juga, aku rasa Sofia ni dah lama pendam perasaan pada Gavin sebab dia tahu Gavin dan Erica nampak rapat lebih dari seorang kawan tapi ada je benda yang dia buat nak halang mereka dari rapat. 

pastu sepupu Dom ni, Guel ke apa nama dia yang terlebih sudu dari kuah. bukan main bagi semangat kat Dom untuk selamatkan rumah tangga dia, padahal siapa yang curang. bila tahu Erica kerja dengan Gavin terus dituduhnya mereka sengaja nak balas dendam pada Dom tapi dulu bila kau tahu Dom curang boleh pula kau diam dengan perangai buruk sepupu sendiri, adoi menyampah pula dengan minah ni.

so tunggulah next episod untuk tahu macam mana Erica dan Gavin sedar perasaan masing-masing dan apa kesudahan dengan Dominique.

Post a Comment

4 Comments

  1. Bukan senang nak hadap pasangan yang curang nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah semua org tak habis suruh Gavin cuba selamatkan rumah tangga dia tapi kesianlaa sebab dia yg nak kena hadap semua tu..

      Delete
  2. kisah poligami, kisah pasangan curang ni mmg boleh buat geram

    ReplyDelete