Title : My Romance From Far Away
Network : Channel 3/ VIU
Aired : 25 May - 5 July 2022
Episodes : 30
Duration : 45 minutes
Genre : Romances, Comedy
Cast : Puen Khanin, Bua Nalinthip, Jaokhun Phanchanokchon, Chanatip Phothongka, Enjoy Thidarut, Cine Phatrakorn, First Ekkaphong, Butr Boossiri
My Romance From Far Away diadaptasi dari novel Aom Fah Oab Din karya Khiri mengisahkan Thofah pergi ke Chiang Mai untuk membawa anak saudaranya, Tawan ke Bangkok setelah abangnya meninggal dunia.
Namun, Khunkhao yang juga pakcik Tawan menghalang niat Thofah untuk mengambil Tawan kerana mereka tidak pernah mempedulikan Tawan selama ini.
Thofah/Fah (Bua Nalinthip) berasal dari keluarga berada dan keluarga mempunyai perniagaan sendiri di Bangkok. Athit yang merupakan ayah Fah tidak berkenan bila anak sulungnya, Phasut mahu berkhidmat dalam angkatan tentera udara lagi membuatkan dia marah bila Phasut berkahwin dengan gadis kampung, Namping lalu memutuskan hubungan dengan Phasut.
Selama enam tahun, Fah selalu berhubung dengan abangnya dan tahu mengenai anak saudaranya. Fah merancang untuk melawat abangnya di Chiang Mai tapi kemudiannya terkejut apabila mendapat berita abangnya dan Namping terkorban dalam kemalangan jalan raya.
Artit menyesal dengan tindakannya dan untuk menebus kesalahannya, dia mahu menjaga cucunya lalu meminta Fah membawa Tawan ke Bangkok.
Sebelum meninggal, Phasut sempat beri amanat kepada abang iparnya, Khunkhao (Puen Khanin) untuk menjaga dan membesarkan anaknya dengan suasana kampung sebab tu Khunkhao berkeras tak mahu lepas Tawan kepada Fah.
Fah terpaksa berputus asa apabila Tawan sendiri memilih untuk tinggal di situ bersama Khunkhao, datuk dan neneknya.
Fah kemudiannya dapat tahu yang Khunkhao memiliki ladang kopi jadi dia guna rancangan untuk membeli biji kopi dari Khunkhao dan tinggal di kampung Khunkhao untuk melihat sendiri proses penanaman kopi tapi Fah nak dekat dengan Tawan dan memujuk Tawan tinggal bersamanya di Bangkok.
Dalam tempoh tersebut, Fah terpaksa biasakan diri dengan kehidupan kampung yang serba serbi kekurangan dan jauh dari bandar. lepas tu Fah pula bukan suka budak, dengan adik tiri dia pun dia tak layan tapi demi memenuhi bapanya terpaksa dia berkorban untuk pujuk Tawan pulang ke Bangkok.
My Romance From Far Away sebuah drama romantik komedi mengenai dua individu yang dari latar yang berbeza. selalunya hero yang kaya dan berlagak tapi dalam drama ni heroin dia yang kaya dan cerewet, kadang perangai Fah agak annoying juga. tapi still menghiburkan untuk ditonton dan nampak keserasian antara Bua dan Puen.
Baca juga :
0 Comments