Telefilem Raya Talak Satu di Astro Ria


Telefilem : Raya Talak Satu
Produksi : Se7en Production Film
Pengarah : Shukri Yahaya
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 4 Mei 2022
Masa : Selasa | 10.00 Pagi
Pelakon : Emma Maembong, Shukri Yahaya, Marisa Yasmin, Sharnaaz Ahmad, Jasmin Ahmad, Natasha Elyzza, Alicia Amin



Telefilem Raya Talak Satu mengisahkan Danni (Shukri Yahaya) yang dikecewakan Azura lalu dipaksa oleh Dato Nora (Marissa Yasmin) untuk berkahwin dengan anak pembantunya bernama Riana (Emma Maembong). Danni tidak boleh menolak dan Riana pula bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana sudah lama menyimpan perasaan pada Danni.


Namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan bercerai sebelum ramadan. Oleh kerana Dato Nora tidak sabar menyambut hari raya dengan menantunya, terpaksalah Danni dan Riana berlakon sebagai pasangan suami isteri sehinggalah rahsia mereka terbongkar di pagi raya.

Saksikan Telefilem Raya Talak Satu lakonan Emma Maembong dan Shukri Yahaya yang akan ditayangkan pada hari raya ketiga (4 Mei 2022), pukul 10.00 pagi di Astro Ria saluran 104.

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments