Telefilem Dipulangkan Kasihnya di TV2


Telefilem : Dipulangkan Kasihnya
Siaran : TV2
Tayangan : 13 Mei 2022
Masa : 3.00 Petang
Pelakon : Uqasha Senrose, Elyka Azman, Shamsuri Shahro, Azam Pit

Telefilem Dipulangkan Kasihnya mengisahkan dua beradik, Julia dan Juwita yang terpisah sejak kecil dan ditemukan selepas mereka menjalani cara hidup yang berbeza.

Julia dibesarkan di kampung oleh datuknya Hassan. Juwita pula dibesarkan oleh ibu angkatnya di bandar. Juwita hidup mewah, bebas dan kurang didikan agama, manakala Julia menjadi guru tadika dan kuat berpegang kepada ajaran agama. Konflik bermula apabila ibu angkat Juwita meninggal dunia, meninggalkan hutang dan Juwita tiada tempat bergantung.

Saksikan Dipulangkan Kasihnya lakonan Uqasha Senrose, Elyka Azman, Shamsuri Shahrom dan Azam Pit pukul 3:00 petang ini di TV2. [rtmklik.rtm.gov.my]

Post a Comment

0 Comments